dulu..sekarang..esok dengan rayyan akram

Thursday, March 26, 2015

bye bye Putrajaya

setelah hampir 5 tahun menetap kat Presint 15 Putrajaya, akhirnya kena bye bye dah..
rasa 50-50 nak pindah tu
situ la tempat bermulanya hidup kami suami isteri, Rayyan dibesarkan selama 3 tahun 8 bulan (2 bulan kat kedah) kat rumah tu la..
walaupon rumah sewa dari kerajaan, duk plak tingkat atas, xda tanah sendiri, xda parking sendiri, nak angkut barang susah
tapi..
selesa sbb nak kemana-mana senang, shopping complex (alamanda, ioi city mall) xsampai 5km dari rumah, tempat keja 5-10 km (bergantung pada jalan yang diguna, ada 3/4 jalan boleh guna nak ke office), kedai bawah rumah ja, orang nak datang pun senang, xsusah la nak cari

rumah baru sekarang memangla ada tanah sendiri (xda tanah pun, smua simen), parking sendiri, nak angkut barang senang
tapi..
nak p keja 27km (rayyan sempat tido dlu sementara nak sampai school), beratur punyala panjang kat traffic light, shopping complex yg ada tesco & giant pun 8-10 km dari rumah, nak ke kedai kena bawak keta (xda motor), kalo family atau kawan2 nak datang dari selatan senang, tapi dari utara jauh sketla

apa-apa pun, live must go on..dah pindah dah pun
dah serah kuarters dah pun
Time flies but memory remains
lupa plak nak amek gambar last kat rumah lama..hukhuk


Cebisan memori yang masih ada

Thursday, January 22, 2015

makan apa

godek-godek external hard disk lama nak cari dokumen terjumpa catatan pasal makanan pertama Rayyan..
Anakku, betapa ibu sayangkan kau..
sampaikan makan apa pun ibu catat..
tapi dari 6 bulan sampai 9 bulan saja la..
tapi masih ingat detik2 pertama ibu suap makan kat Rayyan..
di mana, makan apa, macam mana riak wajah masa mula-mula rasa solid food..
terbayang-bayang sehingga sekarang..

27 Okt = sweet potato
28 Okt = strawberry
29 Okt = sweet potato
30 Okt-4 Nov = bubur nasi+carrot
5&6 Nov = bubur nasi+carrot+potato
7-11 Nov = bubur nasi+potato
12-18 Nov = bubur nasi+bayam
             pisang
 26 - 1 disember = bubur nasi+broccoli+salmon
              avocado
2-5 disember = bubur nasi+carrot+ikan bilis
6-10 disember = bubur nasi+broccoli+salmon
11 - 13 disember = bubur nasi+carrot+potato+salmon
               pear

bila dah besar, Rayyan memilih makan..
dipaksa baru makan nasi..
roti sememangnya pilihan hati..menolak tak pernah sekali..
kadang-kadang dijamah sahaja mee..

membesar lah dengan sihat, bijak, cerdas dan soleh anakku..


Wednesday, January 14, 2015

dua ribu lima belas

selamat menempuh tahun baru 2015..
tahun yang penuh mencabar dari segi keja, kewangan, dll..
keja masih tempat yang sama, rutin keja yang sama cuma tanggungjawab makin bertambah..
orang makin kurang buatkan keja makin bertambah..
kecewa dengan pengurusan..
seribu satu cerita pasal keja..
pasal kawan-kawan keja, macam2 ragam manusia ni..
harapnya tabah menempuh alam keja yang lagi berpuluh-puluh tahun..
syukur ada keja, kalo difikirkan orang2 luar sana yang masih tak bekerja..