simple person with simple story of me, my family, my friends and all people around me..
Sunday, June 12, 2011
Sunday, May 9, 2010
kad jemputan

aku xtau apa yg aku pk, smpaikan kad kawen aku baru tempah last 2 week..
org lain kalo knuri jun...by may tu dh siap dh kad, bley edar2 dh..
aku bulan 5 baru nk buat kad..
org tu janji seminggu bley dapat design, dia akan email kan design..
ni dah 2 minggu tadak lagi..aku dah call rabu aritu..
dia ckp by friday or saturday dia akan email..ni dh ahad..
patot kah aku call push2 org tu? sdgkan aku yg lambat..tp janji tetap janji..
ohhh..aku xdapat bernafas dgn lega..
banyak lagi xsiap ni..dan aku malas nak kuar ke KL cari barang2..
aku rasa sgt jauh..
knapa aku ditakdirkan duk jauh dari kampung halamanku..
segala-galanya aku rasakan susah..
apa akan jadi dgn wedding ku yang diidam-idamkan tu..
hancur lebur berkecai..oh tidak!!!
doa banyak2 supaya kad tu dapat siap next week..
adakah aku perlukan plan B?
Saturday, May 8, 2010
dah lama sepi

dah lama aku sepi..
dah lama xupdate blog ni..
sejak2 bersalin kulit..
dh tukar status, tukar kerja, tukar environment..
mmg btol2 aku yg baru..
disebabkan dh bnyk bertukar, layout pun aku tukar sket..
sempena sebulan lg nk knuri..
Monday, December 21, 2009
nota ke empat..
1431H/ 2010 will completely be a new chapter in my book, new life and new me..
Thursday, December 17, 2009
nota ke lapan
yang sana push aku..
yang sini sambil lewa plak..
aku ni kat tengah, lama-lama boleh gila..
Thursday, November 26, 2009
what are you willing to sacrifice for your friends..??
perancangan mesti dah awal-awal kan, mustahillah tiba-tiba sebulan before majlis baru dapat tarikh..paling busuk pun 3 atau 4 bulan sebelum.
sekarang ni la baru nak rasa terkilan, kecik hati sebab kawan-kawan tak dapat datang. kawan-kawan punya feeling camna plak? aku taktau la kalau orang lain anggap xdpt join majlis bersejarah kawan-kawan ni benda simple ja, tak p pun tak pa. tapi bagi aku, kalau boleh aku nak sama2 share moment tu, walaupun aku ni takla dapat membantu sangat tapi at least masa hari bahagia dia tu aku ada sama untuk raikan dari sekecil-kecil majlis hinggala sebesar-besarnya..tapi tu la kan, lain orang lain ragam..kita merancang Tuhan tentukan tapi perancangan kita tu yang nak menentukan segala-galanya..
1st tragedy: bestfriend aku nak tunang satu hari before abang dia kenduri. aku dah booked tiket awal-awal semata-mata nak balik kenduri abang dia, last minute baru bgtau dia nak tunang..n hari dia nak tunang tu pulak bukan hari cuti, aku tak kesah nak apply cuti tu, aku sanggup korbankan cuti hari aku utk dia tapi sekarang masalah tiket tu n masa dah suntuk utk aku apply cuti, kalo apply pun blom tentu dapat..mc??el??
sekarang aku tengah tunggu tarikh kenduri dia plak, ada ura-ura nak buat kenduri sehari before aku..ni adalah cerita bestfriend dari sekolah rendah sampai menengah sampai la n sekampung..agaknya sempat ka aku nak p kenduri dia sehari sebelum tarikh aku, n sempat ka dia nak p kenduri aku sehari lepas dia kawen tu? sapa yang kena berkorban? atau tak perlu buat apa-apa, teruskan dengan perancangan masing-masing?
2nd tragedy: nak raikan pertunangan membe aku tapi tarikhnya dah clash dgn membe tragedy atas ni..
3rd tragedy: pertunangan bestfriend sekolah menengah sama tarikh dengan aku. blom confirm tapi dah 65%..dah tentu la mana-mana pihak pun tak dapat p majlis masing-masing..bila aku cakap maybe tak dapat nak p, cakap plak majlis tak hebat n gempak pun, simple2 saja..bukan majlis yang jadi ukuran, persahabatan tu yang penting..
p/s: date2 yang aku rancang setakat ni memang semua public holiday supaya kawan-kawan aku dapat sama-sama raikan aku..
p/s/s: utk kawan-kawan yang dah rancang majlis-majlis anda tu, at least bgtau awal la kalau betul-betul berharap nak kongsi n raikan hari bersejarah tu sama-sama....
Friday, October 23, 2009
off to the first step..
Tuesday, October 6, 2009
Konvokesyen UTeM ke-5..akhirnya

2 hari lepas aku konvo..1st day rasa excited gak, 2nd day tu mcm dah kurang excited, cuma rasa happy nak jumpa kawan2, nak bergambar..tapi tak banyak pun gambar sebab tak bawa kamera. hp pun tak bawa, jadi skema la plak. harapkan kamera tunang aku ja, dia bukannya berkepit dgn aku sangat pun. dalam dewan, masa beratur dia takda. tak macam diploma dulu, aku bawa kamera sampai dalam dewan. gambar memang banyak la, posing tak hengat.
konvo kat dewan besar UTeM yang baru, batch kitorang merasmikan dewan tu. walaupun kawasan tu tandus lagi tapi dah nampak rupa universiti. untung konvo 2 kali ni, dulu dewan sewa ja, skrg dewan sendiri. lepas ni dah takda urusan dah kat melaka, sekadar untuk jalan2 je la kalo p melaka pun. sedih plak, takda dah nak nyanyi lagu melaka maju jaya dengan lagu UTeM yang meremang bulu roma tu. kali ni pun special sbb ada tun dr mahathir, penerima ijazah kehormat. bangga lagi skali dapat konvo dgn che det. dpt tgk live, dah banyak kali tgk live, ingat lagi 1st tgk live masa perasmian lab comp citibank kat sek men.
tapi ada jugak tak puas hati, kalo dulu UTeM sediakan makan sket2 utk family, kali ni takda plak. berlapar la semua orang. masuk dewan awal pagi, kesitu kemari tak sempat nak makan. agaknya budget utk tu dah ditaburkan ke tempat lain. tahun ni dapat goody bags yg ada pendrive. aku dapat 2 pendrive kiut miut 2g. kali ni bley bawa 6 orang masuk dewan masa sesi 1st, 3 orang utk sesi 3rd. menunjukkan dewan ni memangla tersangat besar. tapi design lebih kurang macam seri negeri jugak.
maka dengan ini, habisla urusan aku dengan UTeM. melainkan kalau sambung master situ, ada la lagi muka aku kat UTeM. tapi belom nampak cahaya tu lagi buat masa skrg..
p/s: aku jumpa orang biadap ahad aritu. seumur hidup aku ni baru aku jmpa orang macam tu, ada jugak manusia mcm tu berdekatan aku. kalo aku di tempat dia, aku takkan jadi mcm tu sbb mak bapak aku dah ajar cara nak hormat orang macam mana. tak sangka plak sampai macam tu sekali perangai manusia ni. semoga dia sedar diri tak terus hidung tinggi...
p/s/s: thanks kawan2 yang wish, ika yg bagi katak, ate yg bagi pooh, tunangku yang bagi 2 bunga, familyku yang bagi bunga jugak dan sama2 memeriahkan hari bersejarah aku..
Tuesday, September 29, 2009
raya kan sebulan..
Friday, September 11, 2009
budget bertunang - hantaran
kalau search kat internet susah sket nak cari cerita pasal bertunang, kat majalah pun. selalunya orang cerita pasal kahwin. sebab mungkin bertunang ni tak seremeh kahwin, tak sesibuk kahwin, tak berhabis-habisan sangat. jadi orang tak amek port sangat. before aku nak bertunang, susah jugakla nak cari resource, nak kira budget. melainkan tanya-tanya orang saja.
majlis aku simple saja, takda la meriah berpelamin semua. sekarang ni kan dah jadi trend ada mini pelamin, ada kanopi luar umah grand bagai nak gah. memeriahkan suasana tapi budget pun kena lebihla. ada yang tak kesah sangat dengan persiapan bertunang ni, tapi ada jugak yang pentingkan semua ni.
ya la, semuanya nak kena libatkan duit. tambah-tambah plak kalo yang takda bantuan PAMA, semuanya hasil titik peluh sendiri. macam aku, budget boleh dikatakan 90% adalah dari aku seniri. jadi, untuk orang macam aku, seeloknya sediakan buku kira2.
aku buat buku kira2 guna excel. senang, tak hilang. setiap apa yang aku habiskan, aku rekod. nanti baru aku tau duit aku habis ke mana.
mari aku start dengan hantaran..
hantaran ni boleh prepare awal2, beli barang siap2 buat sket2 kalo utk yg DIY la. untuk hantaran aku spent lebih kurang, + - 250 tak termasuk barang2..
sebenarnya kalo nak senang, kuarkan duit upah kedai atau upah orang ja. tak payah pening2 nak pk benda apa nak beli, apa yang tak cukup, riben warna apa yang sesuai.
tapi aku lebih suka buat sendiri, ada sentimental value. faham2 ja la pompuan ni kan. kalo laki nak senang ja. hulur duit, semua siap.
macam tunang aku, dia spent lebih kurang 300 untuk hantaran, tak termasuk barang la. siap dulang dengan hiasan. aku pulak, 250 tu untuk hiasan saja. dulang memang dah ada kat rumah. recycle ja, yg penting siap dan kita puas hati. so, tepuk dada tanya wallet atau atau tanya akaun bank.

cantik..kemas..simple..
aku berkenan dengan hantaran fresh flower yg tengah meletop skrg ni, tapi keadaan tak mengizinkan untuk aku buat hantaran camtu. fresh flower ni budget kena lebih sket. bunga ros local paling kurang 1.20 sekuntum. kalo import mahal lagi la. nak yang cantik n kembang semangkuk, duit pun mau lebih la. 1 dulang aku tengok orang letak dalam 6 kuntum * 1.20 = 7.20 * 7 (anggaran jumlah dulang) = 50.40. belum campur dengan bunga atau daun tambahan lagi. tapi kalo ada sedara bukak kedai bunga, bleyla kautim, jimat sket dah. tapi kalo bunga lain murah sket, macam bunga kekwa. tgk harga pasaran dan harga kedai. nak murah lagi naik cameron highland petik sniri. lagi murah.satu lagi fresh flower ni kalo nak buat sendiri kena buat last minit. tak boleh buat awal2, layu nanti. kalo acaranya tengahari selamatla. pagi2 buta bangun kena start gubah dah. tu pun tak menang tangan nak buat sorang2. kalo acara pagi tak ke parah, tengah malam nak kena start gubah.
so, tak tercapai hajat aku utk guna fresh flower memandangkan aku takdak masa. sbg ganti, gunala bunga palsu. susah jugak nak cari bunga seakan2 bunga betul yang tak mahal sangat. aku tau kat SSF ada jual, aku tak survey pun sbb dengar2 mahal. aku beli kat kedai kat semua house ja. habis bunga kedai dia aku borong. tu pun kedekut jugak tak boleh kasi murah sket. aku ni dah la tak pandai nak kautim sgt, kuarla jugak duit.
bakul plak aku beli kat nilai, kebetulan jalan2 ke nilai ada promotion. harga dalam 8 - 13 je. aku pilih yang simple2. nasib baikla bakal mak mentua aku tu baik, dulang dari aku dia suruh bagi 7 je, pihak laki pun bagi 7. kalo 9 lain la plak budgetnya. kalo ikut2 kan adat memangla kena lebih dan ganjil, 9, 11, 13. tapi tu yang pihak laki mintak. takmau lebih2 susah nak bawa balik jauh2. untung aku jugak. tak payah pening2 pk nak bg apa. kalo orang kedah senang ja, bagi ja makanan. segala jenis makanan, manisan, coklat..memang tersangat budget dan senang.
tapi aku terpaksa ikut adat sana sebab kalo nak bagi makanan pun susah jugak depa nak bawa balik pn..
abes cerita hantaran..yg nak bertunang tu pandai2 la budget utk kesenangan di masa depan..
p/s: kalo yg nak DIY tu bolehla search internet utk contoh2 hantaran. dah dapat banyak2 gubahla plak ikut citarasa tersendiri..
Tuesday, September 8, 2009
sahaja aku puasa di bulan ramadhan - 3




Thursday, August 27, 2009
sahaja aku puasa di bulan ramadhan -1..
ni hari ke-3 aku berpuasa kat sini (hari ke-3 utk aku, bukan utk orang lain), pengalaman dan suasana yg sangat berbeza. btolla peribahasa kawan aku, irfah. 'ujan batu di negeri sendiri, ujan emas di negeri orang. batu jugak yg aku nak kutip'.
setakat ni makan sahur masak ja, aku berdua ja dalam umah ni. sorang lagi dah balik. masak pun ala kadar, utk alas perut.

suasana di arab street..mcm nak amek gambar mamat baju pink tu plak..bukan ya

masjid sultan..
kalau sebelum waktu berbuka lalu restoran, taktau la non muslim ke tak dlm tu tgh makan, sbb rupa melayu, cina, india dah lebih kurang. aku dgr2 sini tak macam sana, makan siang hari tak kena angkut naik van mayat pun, undang2 tak ketat sgt agaknya.
banyak lagi hari yg aku kena tempuh kat sini. kalo ada yg lain dan menarik aku kongsi kat sini. utk bagi gambaran camna suasana, perasaan kat sini. ada orang suka duk sini, tapi macam aku ni, kurangla sikit. aku lagi suka tmpt sendiri. tapi demi menunaikan kewajipan tambak johor sanggup kuredah (ceh, ayat tak tahan)..
Monday, July 6, 2009
aleen's day-(request by ijah)
majlis aleen start 3.30 ptg pihak laki sampai tp tunang dia xdak pun..adat sesetengah orang kedah, lelaki yang nak tunang tu tak elok ikut sama, so dia kena tinggal. tak dak la gambar tunang aleen tapi aku dah tengok banyak kali dah. bincang tak lama pun, rasanya sengah jam pun tak sampai dah depa panggil aleen sarung cincin. aleen dah siap bilik cun2 tapi depa panggil sarung cincin kat luar.kelam kabut dia.so, bilik tu kami jadikan tempat berposing ja la. ni ada sikit gambar aleen. kenuri nya tak tau bila, tak dengar depa bincang,kami duk sibuk bergambar n nyembang. kena tanya tuan punya badan sendiri..
Saturday, June 27, 2009
nam haribulan nam!! -part 2


saat-saat cincin tak muat di jari..



Wednesday, June 10, 2009
nam haribulan nam!! -part 1
orang cakap sesuatu majlis tu mesti ada yang tak kena, mesti ada yang tak menjadi, tak puas hati, serba sedikit yang tak mengikut perancangan. kat sini aku nak senaraikan apa yang aku tak puas hati sepanjang majlis nam haribulan nam haritu.
- paling paling tak puas hati sekali sebab aku lambat. orang dah habis bincang dah aku still kat kedai lagi, so semua orang terpaksa menunggu aku untuk acara kemuncak. tak sempat aku nak dengar perbincangan yang hot itu. salah aku jugak sebab before pi kedai tu, masa tu jugakla aku nak pi beli bunga, masa tu jugakla aku nak pi beli kek. memangla lambat. mesti nak kena pi pilih and beli sendiri supaya puas hati. masuk rumah kelam kabut, lari-lari pi duduk buat muka tersipu-sipu sampai makcik aku tegur suruh duduk elok-elok sikit. tak sempat nak tadah tangan baca doa.
- tak puas hati yang seterusnya sebab tak dapat buat goody bags. sebelum tu beria-ia aku rancang nak beli lunch paper bag yang warna koko tu, nak letak riben yang lebih-lebih tu, pastu kat dalam nak letak puding, buah, kuih-muih nak bagi kat tetamu-tetamu yang hadir. tapi tak jadi pun, puding pun aku tak sempat buat.
- tak puas hati lagi sebab bunga aku tak kembang, kuncup saja. tak cantik. bila malam sikit terus semuanya tunduk. ni sebab aku beli-beli pastu terus cucuk kat span.kalau aku beli sehari awal, pastu simpan dalam timba ada air mesti kembang semangkuk. tapi hasil tangan along boleh tahan jugakla bunga-bunga tu digubah (along cakap main cucuk-cucuk ja).
- aku tak sempat nak ambil gambar bekas satu-satu pun. harap-harap ada la orang yang snap gambar tu, bolehla aku berbangga dengan hasil tangan sendiri.
- tak puas hati jugak bila takdak gambar sekeluarga, yang ada pun dengan kelima-lima adik beradik. tapi ni boleh qadha nanti-nanti, masih ada harapan lain kali.
setakat ni tu saja la tak puas hati yang aku ingat. rasa macam banyak lagi. kalau ingat lagi nanti tambah.
gambar belum ada, tengah tunggu.
thanks untuk mak abah, adik beradik, family semua yang banyak membantu, jiran-jiran sekampung yang tolong rewang, m.lang p.lang yg sudi sediakan bilik untuk bersanggah, kawan-kawan yang sudi datang dan tolong-tolong apa yang patut, kawan-kawan yang menge'wish', arto group yang sudi menunggu berjam-jam dalam panas. jasa kalian semua tetap dikenang..thanks..
with that, i'm officially booked..!!

skemanya nama..sebenarnya nak tulis nama penuh tapi tak sempat nak pk, dah kelam kabut..
Friday, May 29, 2009
pentingkah?
sireh junjung dibawa plg awal dalam rombongan, kiranya paling depan sekali kalau berjalan ke rumah bakal pengantin.
lagi tinggi gubahan sireh junjung tu lg bagus.
masa bawa sireh junjung tu kena pastikan sireh tak jatuh, tak kira la masa nak ke rumah bakal pengantin atau masa nak bawa balik. kalau jatuh ada petanda tak baik. (ni dari aleen).
ada adat tepak sireh tanda meminang, sireh junjung tanda menerima pinangan.
sireh mesti dimakan sikit oleh tuan rumah sebagai tanda menerima.
untuk bertemu jodoh dengan cepat kena makan sirih hantaran pengantin perempuan. kalau ada gubahan sirih junjung, pilih sirih yang paling atas puncaknya supaya dapat jodoh dengan cepat.
tapi ada adat orang kedah (atau orang kampung aku?), pihak perempuan tak wajib ada sireh junjung ni. cukup sekadar pihak lelaki yang bawa. tapi lain negeri lain adat.
mana pergi adat kalau sireh junjung dibuat dari bunga plastik dan sireh plastik?
aku kurang suka sireh junjung plastik, tak asli tapi mungkin itu yg aku akan dapat dan mungkin aku akan bagi. zaman sekarang kan segala-galanya plastik, muka plastik, hati plastik, sireh junjung pun boleh plastik. senang nak bawa untuk orang jauh-jauh ni.
aku jarang tengok orang bagi sireh junjung plastik. bagi aku seri hantaran akan hilang kalau tak ada sireh junjung (yang asli).
tapi ada untung jugak, lepas tu boleh buat perhiasan rumah. kalau yang asli tak boleh simpan lama, cepat layu.
lain orang lain cara, lain orang lain citarasa, lain orang lain adat..
apa beza pinggan plastik dgn pinggan kaca? - plastik tak pecah, kaca pecah (macam pantun pecah kaca pecah gelas)
apa beza duit kertas dgn duit syiling? - kertas boleh koyak, syiling tak koyak tapi nilai rendah dari duit kertas
apa beza sireh junjung plastik dengan sireh junjung asli??

p/s: sangat susah nak cari sireh junjung plastik. hilang punca(aku suka???) dan idea..mulai saat ini aku nak masukkan duit syiling sehari 5kupang dalam tabung lembu gemuk aku. cukup 54 thn dapat lebih kurang 10ribu. dah boleh kahwin dah tu. 54 thn lagi baru boleh kahwin??sekarang dah 24??lagi 54 tahun, lambatnya...
Saturday, May 16, 2009
ingat cekgu dulu sampai sekarang

happy teacher's day (16 may 2009)
entry kali ni aku nak senaraikan cekgu-cekgu yang aku masih ingat sampai sekarang ni sempena hari guru..
sek. rendah:
cekgu cik puan- nama dia memang macam ni tapi dia memang dah puan. ni rasanya cekgu yang paling aku sayang, dia ajar aku masa sek. rendah. banyak tahun dia ajar aku dari ajar abc sampai ajar baca buku cerita, tulis cerita semua la. selalunya dia akan panggil aku baca buku cerita depan kelas. dia memang tere cubit pulas orang tapi aku tak pernah kena ya. bila cikgu lukisan suruh lukis gambar cekgu, aku lukis gambar cekgu ni pastu bila aku tunjuk kat dia, dia tanya sebab apa badan dia senget. tu paling aku tak boleh lupa. sayangnya aku dah tak jumpa dia lagi. lepas sekolah terus tak jumpa. zaman dulu mana ada telefon lagi, paling kuat pun tulis no. telefon kat buku 555 tapi dah lama sangat tak tau kat mana dah.
cekgu zaki - ni cekgu praktikal sek. rendah dari kelantan. apa-apa mesti dia panggil aku, ambil buku, bawa buku (bukan buli kot). selalu sembang-sembang dengan cikgu zaki. tapi dia tak lama, berapa bulan saja tapi best la cekgu ni. pun tak jumpa dan lost contact jugak.
teacher gan - ajar muzik, cun. kenal lagu-lagu moden dan tradisional melalui teacher ni la. minat aku kat muzik pun sebab teacher ni juga.
sek men:
teacher rahmah - ni lagi tak boleh lupa. kelas selalu kat lab komputer. pernah kena halau sebab masuk kelas lambat. tak bawa kamus kena denda, cakap melayu dalam kelas dia kena denda jugak 5kupang. selalu lah main gunting dan tampal atau pun gunting kupon hari kantin/koko.
cekgu rosli - ajar sejarah sek men. mmg berkesan dia ajar, siap bagi tips spm dan memang betul la tips tu. ngajar dalam kelas mesti nak main tanya-tanya. kalau tak dengar betul-betul memang habisla. suka panggil budak-budak guna nama ayah, cth: farhana abd. karim dia panggil karim ja. dia pernah cakap kalau dia nak bertanding pilihanraya dia nak buat parti politik nama payung. dah ada pun parti tu masa pilihanraya kecik bukit selambau yang pelik haritu.
cekgu harun - cekgu agak hensem kegilaan budak-budak. cool ja cekgu ni. nak tidur pun boleh dalam kelas dia sebab dia tak tegur pun. kesian pulak tengok dia ngajar orang tidur.
teacher lukisan (tak ingat nama) lee pek moi- selalu aku ngelat nak masuk kelas dia. aku memang malas bab-bab lukisan ni. pernah dapat markah paling sikit dalam kelas sebab dia tak jumpa lukisan anyaman aku, aku bermati-matian cakap aku dah hantar, dia suruh cari dalam simpanan dia sampai jumpa tapi sebenarnya tak hantar pun. dia pandai bab-bab art ni, walaupun dah berumur tapi tere lg.
cekgu fauziah - ajar add math, suka melaram. baju dia semua cun-cun, camna ntah boleh jadi cekgu band. cekgu band kan kena busuk-busuk masuk padang semua. aku susah nak faham sket dia ajar sebab aku tak secerdas orang lain, orang lain rilex je add math dalam genggaman. so, latihan yang dia bagi memang liat aku nak buat. tiru orang bolehla, nasib baik add math tak failed (update: ijah tegur)
kolej universiti/ universiti:
en. faizal - seronok dia ngajar, suka selit cerita dan contoh-contoh sambil ngajar tapi aku tak lepas-lepas jugak subject network ni. subject ni memang tak ngam dengan aku.
pm haziah - pn smiley, suka senyum ja. marah pun senyum jugak. rilex dan cool ja dalam kelas. murah dengan senyuman dan markah.
sir wan - tak ngajar aku kat sekolah pun tapi ajar aku tentang hal-hal lain, boleh panggil cekgu juga ni. kuat beletiaq, so aku mesti sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan supaya tak kena beletiaq selalu
p/s: banyak lagi cekgu-cekgu yang aku tak sebut tapi ni antara yang paling aku ingat. yang lain aku ingat jugak. mana boleh lupa cekgu, sampai mati pun dikenang jasa cekgu. tanpa cekgu tak mungkin sampai tahap ni. selamat hari guru sedunia untuk semua cekgu-cekgu
Tuesday, May 5, 2009
kali kedua jejak kaki ke skudai
malam ni kawan baik aku nikah. Selamat Pengantin Baru ika.sorry tak dapat datang malam ni tengok kau nikah.asalnya memang rancang nak p Johor awal tidur sana tolong-tolong apa yang patut.tapi disebabkan semua orangtak dapat menghadirkan diri sama-sama dengan aku, plan terpaksa ditukar. hari kenduri baru aku p.apa perasaan dah jadi isteri orang. nanti aku wawancara ika.
pagi 2 May
awal-awal pagi lagi aku dah keluar jalan ligan lrt. dengan baju kurung, heels, beg kiri kanan belakang dapat juga aku naik bas ke Johor tepat pada masanya. Kalau lambat sikit memang kelam kabut aku. mana nak cari tiket pagi-pagi, kul berapa baru nak sampai.aku tidur sepanjang atas bas, malam tadi tidur tak lena.alih-alih kul10 dah sampai machap. turun di restoran jaya, mr.red datang ambil aku.tunggu mr.shah kat petronas simpang renggam, kul11 lebih gerak dari simpang renggam konvoi 2 kereta, 3 orang sahaja.
tengahhari 2 May

ni hadiah yang aku bagi kat ika, tadi beli kat petronas sementara tunggu mr.shah.mesti akak kaunter kat petronas tu pelik apa pasal la aku beli banyak sangat air kesihatan ni. idea untuk bagi hadiah ni aku dapat hasil dari aktiviti aku explore blog orang kat office.ni sebenarnya backup hadiah sahaja. kasi meriah sikit rumah ika bila aktiviti bukak hadiah berlangsung.berguna jugak hadiah ni. untuk anda-anda yang nak ke kenduri kahwin tapi tak ada idea nak bagi hadiah apa dan budget tak cukup besar, boleh la bagi hadiah macam aku ni. dalam rm20 termasuk kotak dan bunga.
main present ada kat bawah tin-tin tu sebenarnya, kan masa pergi ikea haritu aku ada beli something yang memang aku ada plan nak buat apa.ni satu lagi tips untuk anda. hadiah ni memudahkan para pengantin membuat pilihan sendiri barang apa yang perlu dan tak perlu.pandai-pandai la pengantin pilih nak beli apa untuk kehidupan baru nanti.tak de lah dapat pinggan mangkuk cawan gelas je kan.
berbalik pada kenduri ika, tema hijau putih. ika cakap tema pas.memang sweet sangat, cantik pulak tema tu.aku sampai agak awal, kul12. makan macam biasa la, nasi beriani ada 4 lauk, buah oren, dapat epal hijau satu balut dalam plastik macam gambar kat bawah
bagus juga bagi buah untuk orang datang kenduri, lain sikit dari bagi telur je.tapi aku ada nampak bunga pahar besar depan pagar rumah ika.agaknya bila dah salam-salam dengan tuan rumah baru dapat kot.
lepas makan aku naik tengok ika kat bilik pengantin. guess what, ika masih lagi dengan t-shirt dan seluar kotak-kotak dia macam kain pelekat yang dia selalu pakai tu. tak macam pengantin pun. sibuk ke sana sini. dia cakap mak andam belum sampai lagi. sembang-sembang dulu.tiba saat bual bicara bersama pengantin.soalan pertama aku tanya-best tak dah kahwin, nangis tak masa sakinah tu, apa perasaan, bla..bla..bla...
banyak lagi la aku tanya.sampailah mak andam sampai, aku tengok mak andam mekap jap tapi tak berani ambil gambar, takut ada pantang larang pulak.mekap sambil baring, nikmat sungguh, boleh curi-curi tidur jap. tak lama aku tengok ika siap, aku turun keluar berjalan-jalan. nak tunggu macam lama pulak.lagipun nak duduk mana menunggu, berdua je pun.lainla kalau ramai-ramai, boleh tunggu depan pelamin.
petang 2 May
6 lebih aku p balik rumah ika, nak ambil tiket dan goodie bag. dah pesan kat ika jangan bukak makeup dan baju lagi, nak bergambar. rugi sebab tak dapat tengok ike bersanding dan potong kek.dah lewat petang baru aku p balik. bergambar sekeping dua, ambil berkat. main suap-suap kek dengan ika. mak ika bagi berkat 2 plastik. bunga telur memang banyakla.buat nasi lemak esoknya.kul7 bye bye ika dengan her husband, encik burung.semoga bahagia dan kekal selama-lamanya. i'm happy for you and will pray for your happiness.layan gambar sikit kat bawah
pelaminnya cantik, meriah dengan bunga-bunga cinta. fresh flower tu

p/s: tak banyak sangat gambar yang aku snap. ye la, tak ada kamera hebat, kamera handphone je. tak cukup budget lagi nak beli.
p/s/s: kau apahal, tak sudah-sudah lagi ke, nak bising-bising lagi apahal?
Friday, April 3, 2009
hardly smile - 020409
woke up this morning with sore feet.i have no idea what happened to me since i had this achillies tendonitist problem, i guess..slalunya athlete ja yg dpt sakit2 cmni.I had to meet a doc after 3 weeks worked at the previous company at bukit jalill.rasanya xla teruk sgt aku brjalan nak compare dgn zmn sek dulu, slalu je jln, marching lg every day 3 to 6pm.tp skrg, baru je jln xsmpai 2 km dh sakit2, adakah ini bermakna aku ni dah tua.oh tidak.aku masih muda.sedapkan hati.ini mungkin sbb Tuhan nk bg ujian kat aku.mampu x aku hadapi ujian yg sekecil zarah ni slps mndapat kejayaan demi kejayaan wpon xseberapa.agaknya aku leka dgn kejayaan kecil-kecilan yg aku dpt.Tuhan nk tunjuk dan ingatkan aku supaya jgn leka..
tp pg ni sakit aku lain mcm, sblom ni pn ada gak sakit2 tp lps jln 6,7 langkah akan smakin ok.tp ni dh jln berlangkah-langkah pn masih terasa nyilu, even nk angkat kaki pn terasa sakitnya.in my condition, i should rest and minimize movement yg melibatkan kaki. tp what should i do, kna dtg keja.seksanya nk jln dgn kna berasak-asak lg.n worst comes to worst, sakit ni sblh kanan yg dulunya sblh kiri.dua2 belah kaki aku sudah ternoda.hopefully, sakit ni xlama.xsanggup nak tanggung sakit luaran,yg dalaman pon hampir pengsan.anyway, nothing special on this day.just a date, plus 1 year to my age.
p/s:thanks to all my friends yg still remember me n my birthday, n sudi nak wish. i can say that last year was the best..
p/s/s:not more than 2min to wish me