simple person with simple story of me, my family, my friends and all people around me..
Wednesday, February 10, 2010
selingan aside from my sad, stress day
Thursday, January 28, 2010
kebelakangan ini..

dah sebulan 2 hari aku jd isteri orang walaupun boleh kira berapa hari aku pgg jawatan tu..
aku sepatutnya bersorak gumbira, riang ria mkn kek, coklat, ais krim banyak2..
monthiversary pun tak sempat nak celebrate wish ka apa ka, aku celebrate dlm perjalanan blk ke kdh sorang2..memang tengah serabut..
kelam kabut cari tiket on the spot blk kdh atas urusan yg penting..kputusan mendadak, 24hb jb-as, 25hb as- bp..nasib baik dpt mak mentua yg memahami, tlg hantar ke sana sini, berlakon skali dgn doktor utk dptkn mc utk aku..
hidup aku kebelakangan ni kelam kabut, segalanya mess up, tak tentu arah..
keja ni pun aku tak dapat nak concentrate..macam2 aku fikir..
i need a break..jasad aku bergerak tp roh dan otak aku merayap p mana pun tak tau..
rasanya jari aku bergerak ni pun aku tak sedar kot..haha
rezeki dan dugaan datang serentak..good+bad <> neutral
Friday, October 23, 2009
off to the first step..
Thursday, September 17, 2009
sahaja aku puasa di bulan ramadhan - 4 - shopping raya
-bukak posa sorang2 kat pantry
-maghrib kat meeting room dgn hanya bertelekung n stokin
-tido kat katil queen empuk ada aircond kat bilik ada bilik mandi air panas
-bangun sahur sorang2 terkial-kial panaskan makanan
semua malay colleague dah balik kampung(3 org ja pun)..sorang tadak pun dah terasa sangat kekurangan. so, sekarang aku satu2 nya malay kat sini..bosan dah..
shopping raya tadak makna apa-apa bagi aku kat sini. masa membe malay aku tak balik lagi, kami singgah bazar kat geylang. memangla besar tapi satu benda pun tak dapat menarik perhatian aku. baju, tudung, kasut, bunga2, langsir, kueh raya, makanan semuala. benda2 tu semua aku boleh dapat kat alor star dengan harga lagi murah. maybe kalo jalan sampai abes bazar jumpala kot benda yg berkenan. besar sangat tak larat nak pusing. sudahnya kami balik dengan lauk utk sahur ja.
dua tiga hari lepas berjalan ke kampung glam plak..dekat dengan masjid sultan, ada kedai2 jual baju, barang2 antik. ala2 mcm kat melaka yg bangunan dekat jonker walk. kat sini aku tertarik dengan tudung sutera sulam tangan. lembut dan cantik, aku beli shawl dua dapat 40. jadila buat pakai raya. tudung raya dah ada, baju belum tentu ada. apa lagi, macam selalu la recycle. gambar tudung tak sempat amek. nanti lepas raya bley la bergaya amek gambar tudung.
untuk bw balik umah, aku beli cadar 2. murah2 ja time sale. cukupla bagi cadar ja. nanti balik sana beli lagi yang bes2 sket. bagi aku, tadak benda menarik sangat pun kat sini kalo untuk shopping raya. chinnese new year, christmas mungkin meriah..
p/s: tak sabar nak tunggu esok, flight 4.45ptg direct ke penang. direct ke alor star belom ada. kenala paksa kak aku amek kat penang, upah belanja bukak posa..aku pun paksa adik balik dari perak ke penang, bley shopping sket..kompem kena pau
Tuesday, September 8, 2009
sahaja aku puasa di bulan ramadhan - 3




Tuesday, September 1, 2009
sahaja aku puasa di bulan ramadhan - 2
balik sini kali ni pengalaman yg hebat. selalunya aku balik naik bas dari batu pahat kul5.30 petang. tapi aritu nak try naik bus malam kul8.30, lagipun bley berbuka 1 hari lg kat sana. perjalanan lancar sampai la atas jambatan dari checkpoint jb ke woodlands, ada accident. aku dengar2 kereta terbalik. siap ada bomba, polis, ambulance, rela semua cukup. jam bley tahan jugakla.
aku sampai mrt kranji dah dekat2 kul11. naik train sampai tao payoh train stop, pompuan train tu cakap dah terminate and stop kat situ ja. dah tadak train ke city. aku dah gelabah tp muka cover mcm tadak papa. aku kuar dari stesen, ingat nak naik teksi ja. dlm kepala dah berkira2 berapa tambang teksi kena nanti, duit ada 30 ja, tak bawa duit lbey plak. jalan depan sket aku nampak bus banyak2. rupanya situ hub bus, bermakna masih ada choice lain selain naik teksi. lega.. aku amek je bus yang nak ke arah east west. aku nampak direction kat bus tu tulis paya lebar, aljunied, geylang terus aku naik.
sepanjang jalan aku tak tau pun kat mana tu. memang gamble ja la. aku memang tak pernah naik transport yg jln atas jalan raya ni, memang tak tau pun bus tu bawak aku ke mana. dalam hati berdoa ja dapat sampai. jam dah kul12 lbey. aku ingat nak amek teksi ja sbb bus tu memang takkan lalu kwsn umah aku. aku nampak sekolah, pastu kat bus stop aku nmpak ada pompuan. mcm selamat ja, aku pun turun. aku call teksi cakap aku kat depan sekolah tu.
sekali aku dengar suara orang nyanyi lagu hindustan, suara laki. aku risau dah, takut bangla ka nepal ka. ada la 2, 3 orang. mata aku asek ke jalan ja harap2 ada teksi, aku nak naik terus. sekali pandang belakang tengok2 pompuan. tadi rasa mcm suara laki yg nyanyi. bila dia bukak mulut nak cakap ja aku dah tau tu maknyah rupanya, cun nak mampus. memang tadak rupa maknyah. body mmg hot la. rupanya maknyah thailand. maknyah sana memang hebat2.
tahan teksi pun ada gaya. aku pun dah malas nak tunggu teksi yang aku call, last2 aku tahan teksi gaya maknyah. dapat teksi sampai umah kul1 terus terbongkang tdo. gagah berani aku kali ni. kalo kat sana jgn harap aku nak gagah berani camni.
Thursday, August 27, 2009
sahaja aku puasa di bulan ramadhan -1..
ni hari ke-3 aku berpuasa kat sini (hari ke-3 utk aku, bukan utk orang lain), pengalaman dan suasana yg sangat berbeza. btolla peribahasa kawan aku, irfah. 'ujan batu di negeri sendiri, ujan emas di negeri orang. batu jugak yg aku nak kutip'.
setakat ni makan sahur masak ja, aku berdua ja dalam umah ni. sorang lagi dah balik. masak pun ala kadar, utk alas perut.

suasana di arab street..mcm nak amek gambar mamat baju pink tu plak..bukan ya

masjid sultan..
kalau sebelum waktu berbuka lalu restoran, taktau la non muslim ke tak dlm tu tgh makan, sbb rupa melayu, cina, india dah lebih kurang. aku dgr2 sini tak macam sana, makan siang hari tak kena angkut naik van mayat pun, undang2 tak ketat sgt agaknya.
banyak lagi hari yg aku kena tempuh kat sini. kalo ada yg lain dan menarik aku kongsi kat sini. utk bagi gambaran camna suasana, perasaan kat sini. ada orang suka duk sini, tapi macam aku ni, kurangla sikit. aku lagi suka tmpt sendiri. tapi demi menunaikan kewajipan tambak johor sanggup kuredah (ceh, ayat tak tahan)..
Sunday, August 23, 2009
selamat berpuasa
Thursday, August 20, 2009
entry unsur ***&!!~$%**
nak kata paip bocor, bekalan putus, laju plak kat sinki tu..
ni yg aku tak puas hati. kenc*** takpa lg bley tahan sat..kalo tiba2 sakit perut nak be***, tak ke parah.
selama ni aku duk masuk toilet org cacat, ada la air, toilet lain mmg tak jejak kaki dah, harap air sinki ja..ni tadi toilet org cacat pun dah tadak air..paip getah ada air takda tak guna jugak..sapa ntah gatai tgn tutup air..
kalo dah c**** tu c***** jugak..tak belengaih ka?
takkan nak google cara-cara beristinjak plak kot..
Wednesday, August 5, 2009
dah masuk 3 minggu..aktiviti di Kallang
aku di attached kat company client, CapitaLand dan macam biasala, kebanyakkannya cina tapi ada juga india. melayu susahla kot nak cari. melayu kat sini susah nak beza dengan cina, yg pakai tudung tau la melayu. yg pakai skirt tiba2 masuk masjid pun tau la tu islam, tak semestinya melayu. melayu pun tak semestinya islam kat sini, ada melayu christian, tapi yang boleh tahan sket kat sini, depa cakap english. at least tak la aku ternganga bila depa sembang kan..
dari company aku, 1 team ada dalam 9orang. 1 melayu pompuan (ada geng, nasib baik),3 indian guys, 4 chinese guys, 1 europian. pagi2 kuar umah kul8++, kena jalan dalam 15minit ke station ketapi melalui flat2 dan kondo2. flat kat sini walaupun dah tua tapi tetap bersih dan terjaga. umah aku tu pun every week ada auntie mai cuci. tak tau la apa yg dia cuci.
walaupun ketapi sini pack jugak macam kat sana, tapi luas sket dan sentiasa ada, 3 minit skali.walaupun ramai tapi boleh bernafas degan senang la. takla macam sardin.9 station ke office di station Bugis amek masa dalam 20minit. sampai station kena jalan lebih kurang 15 minit lagi.so, purata perjalanan harian pergi balik tempat kerja adalah 2 jam termasuk jalan.setakat ni keja aku takla banyak sangat tak macam org lain yg aku tgk sgt hectic.weekend pn p office.
weekend aritu, sabtu aku join dragon boat anjuran church colleague aku. pagi kul10 dah turun sungai Kallang, dari sungai tu nampak the flyers, singapore punya eye on singapore.experience baru utk aku, dulu main kayak ja. kat sini berpeluang dragon boat plak. satu boat ada 14 orang yg memerlukan coordination dalam mengayuh. siap ada training before turun sungai. tengah2 panas terik berkayuh. lepas tu ada race yg kami kalah. ya la, ladies lagi banyak dalam boat tu tak mcm boat lain. best pengalaman ni, berpeluang jumpa office mate lain yang kat sini. kalo aku tak join memang tak kenal la.

tak amek gambar sangat, takkan nak bawak kamera masuk sungai. kamera tak cukup hebat. balik tu lunch ramai2. sini agak susah nk cari makanan halal kecuali kat tempat melayu ramai. terpaksala makan kedai cokia-cokia mana yang ada. makan ja apa yg ada janji halal..
office..
Tuesday, July 21, 2009
sin-GAPOR-..
flight aku ahad kul2.50 tapi delayed sampai 3.45pm tapi betol2 fly, kul4.30. aku dah panggil teksi kul11.30, kul12.45 dah tercongok kat airport. lama gila menunggu. +- 4 jam.
siap beli mask takut kena h1n1, tapi tak guna pun. nak p cucuk kat doktor pun tak dan dah.
masa imigration check, lotion aku kena rampas, air dalam botol kena tuang sampai kosong(konon bawa air sendiri takut nak minum air sini, deq dan liza memberi ancaman yang menakutkan..huhu). aku bawa semua tu skali dengan aku, manala aku tau semua tu tak boleh bawa. lain kali tanya orang yang berpengalaman. lotion tu aku hentam bawa yang besar, 400ml. limit 100ml ja. konon lagi, tak mau beli kat sini, mahal. last2 habuk pun tarak..
sampai changi 4.30pm. turun tu nak p amek beg, aku main jalan ja ikut orang depan. sekali orang depan belok nak p shopping takkan aku nak ikut jugak. aku tanya dia katna nak amek beg. dia cakap follow ja sign, lepas terminal. malu ja, sign ada tak reti nak baca. mana aku tau, dah jauh sangat rasa berjalan. tak jumpa2 tanda beg.
jalan turun naik escalator (escalator banyak sangat, untuk orang yg malas jalan, bukan tangga pun, mendatar ja)sampai kat terminal kena check migration dulu baru amek beg. sampai kat imigration check, satu lagi masalah, aku tak isi kad imigration. padahal masa dalam flight pramugari tu dah tanya sapa nak. aku mana tau kad tu untuk apa, ingatkan poskad. berat mulut plak nak tanya. so aku kena isi dulu kat kaunter imigration. q dah la panjang, nasib baik yang jaga tu laki, takla bising sangat..
amek teksi ke condo yang company sediakan kat simei. takla jauh sangat.driver teksi peramah sampai bersembur cakap. macam-macam dia tanya, siap cakap pasal politik lagi. sampai apartment kena charge 11.60, siap pakai gps lagi teksi tu nak cari block aku duduk. canggih sungguh teksi sini. sampai depan pintu lif dia hantar aku. aku duk block 3 tingkat 7, 1st unit. sapa2 mai sini, bleyla singgah kat aku..hehe..aku dapat masterbedroom, duk sorang2. memang selesa la. fully furnished siap ada cadar, selimut, aircond.1 umah tu ber3 saja, 2 lagi budak melayu malaysia jugak. memang depa sengaja bagi melayu duk sekali, senang nak semayang ka apa.
aku mandi, kemas2 baju, makan bihun goreng pesan kat housemate baru tu, tengok harry potter, goblet of fire. dapat tengok cerita best2 tv sini. malam tidoq tak berapa lena, tempat baru n tak boleh nak call or msg2,mahal. sok start keja, nak cari prepaid sini dulu baru boleh tidoq dengan lena lepas ni.aku tak amek gambar apa pun kat airport sbb gemuruh, perak dan takut...hehe
Saturday, July 18, 2009
Saturday, June 13, 2009
ba wau dal wau ha...

kemarin aku sgt2 moody. moody mengalahkan macam moody tiap-tiap bulan wajib tu. tapi ni bukan masa yang betul utk rasa mcm tu.
apa sebab aku moody tak tentu pasal sampai perkataan ba wau dal wau ha dah jadi mainan mulut aku dah. mana taknya, dahla penat-penat tensen buat keja tak jadi kat ofis, balik ingat nak cari ketenangan. sekali sampai kat stesen monorail, orang ramai beratur macam beratur nak ambik makan free.
start aku cakap ba wau dal wau ha masa nak jalan beratur tunggu monorail, ada sorang budak tu, macam tak bagi orang jalan ja. blok habis jalan, tak reti-reti nak qhenjak sket bagi orang lalu. dah la ramai, panas plak tu.
dah ramai sangat mcm tu, train yang ke 3 baru aku dapat meloloskan diri masuk, tu pun memang dah terkepit macam lempeng. pakcik guard tu pun, dah tau orang jadi lempeng dia suruh jugak sorang india tu masuk, sudahnya aku main tolak-tolak dgn india tu guna beg aku. nasib baik beg keras, macam hebat sket tolakan aku.
kalau dah tau kau tu depan pintu, keluar la dulu bagi laluan. ni tak, keras mcm batu depan tu. selalu dah mcm ni. lebih sanggup kena tolak daripada keluar. keluar lagi ba wau dal wau ha..
kesimpulannya, sepanjang dua minggu cuti sekolah ni, balik keja ja hidup aku tak tenteram. nak kena ngadap orang ramai pelik sangat.
aku agak ni mesti budak-budak sekolah, tak pun budak-budak U ka kolej ka. gayanya macam tu la, macam2 jenis dressing. macam-macam gaya boleh jumpa, aku plak yang selekeh.
selama dua minggu ni aku memandang enteng budak-budak yang menyesakkan semua train stesen. bukan tak boleh keluar, boleh sangat-sangat.
tapi tak bolehka bergerak ke sana ke mari bukan masa peak hour, dalam kul5, 6 tu spare la untuk orang-orang balik kerja.
lain dari masa tu nak ulang alik naik train tak mau turun pun boleh..
aku tau tak elok cakap ba wau dal wau ha banyak2 kali tapi tak boleh bendung dah ni..
Tuesday, May 19, 2009
lawat-tan


pandangan dari pondok..nampak kayu ja lebih
pokok ini sangat cantik
p/s: siapa cakap twilight tak best, bosan atau boring, edward tak handsome dan tak best, bella tak best adalah orang yang tak best. tengah berusaha menghabiskan new moon dan tak sabar nak tunggu new moon jatuh ke malaysia
Wednesday, May 6, 2009
Monday, April 27, 2009
akhirnya aku sampai dan lepas ni aku akan selalu sampai lagi
selama ni aku cuma dengar orang cerita pasal IKEA,orang cerita barang-barang IKEA best walaupun mahal. dan sekarang aku dah nampak sendiri apa yang ada pada IKEA.dan memang masuk dengan jiwa aku. aku suka hias2 rumah tapi poket tak cukup tebal dan sekarang rumah tak sesuai untuk hias cantik-cantik. mungkin nanti dah berumah bolehlah aku hias cantik. thanks to aleen, ayien dan adik sebab layan aku bawa jalan-jalan walaupun aku tau anda semua kadang-kadang bosan :)
barang pertama yang aku beli dari IKEA :

biar tak sehebat jenama tupperware tapi murah dan cukup selesa untuk aku isi makanan

ada beli cermin sebab murah, RM5. tapi tak ada gambar.

sebenarnya ini tujuan kedua aku nak ke IKEA. ramai cakap sedap. memang sedap tapi sangat manis sampai boleh dapat kencing manis kalau amalkan selalu.
