dulu..sekarang..esok dengan rayyan akram

Saturday, June 27, 2009

nam haribulan nam!! -part 2

gambar dah ada dalam pangkuan aku, kemarin dulu baru sampai. ni ada sekeping dua utk tontonan umum..dah basi dah pn..biar gambaq cakap seribu ayat.hehe..

ketibaan aku..

ketibaan rombongan..(rombongan sampai dulu baru aku sampai, terbalik)

saat-saat cincin tak muat di jari..



aku dipeluk cium..

dari pihak tunang..

dari pihak aku..

robotic


ni jadi bila ramai sgt nak tengok robotic sampai tiket abes, sampai aku tak bley nak pi tengok weekend ni, sampai voucher aku tak bley guna lagi, ujung bulan ni dah last..


Thursday, June 25, 2009

transformers, robot, nasi lemak, H1N1...

jam dah ke 10.36am tapi keja aku 1 pun tak sentuh lagi. sejak sampai office kul9 tadi, ok tipu, 9 lebih..aku tak sentuh lagi keja-keja yang menunggu.aku ada masa 4 hari saja lagi tolak sabtu ahad hari utk berpoya-poya,untuk siapkan 4 pages yang macam pening-pening lalat.

tapi rasa macam takda mood lagi nak start keja. mood mai masuk cepat, nanti tak siap keja aku susah plak.
sapa nak tanggung perut aku 3 kali sehari ni.
sapa nak tanggung henpon aku bagi ada bunyi tiap2 hari.
sapa nak tanggung tempat tidoq aku.
dan banyak lagi yang nak kena tanggung atas kepala.

sampai office ja aku trus masuk lwbc4, bukak ym sat kot-kot ada berita penting, baca email,melawat family angkat memandangkan aku dah tinggal depa 1 malam, mcm2 bley jadi,bukak blog baca update link sebelah kanan, sendiri mau update malas.tengahari sket baru start sentuh keja.

dalam office ni sekarang ada 4 orang, memangla meriah, gelak kuat-kuat, sembang macam-macam pasal transformers la, cerita pasal nasi lemak la, H1N1 la..

tapi detailsnya aku tak tau la, tu ja yang aku faham.
transformers, robot, nasi lemak, H1N1...kadang-kadang ada dengar juga nama aku disebut..
ayat-ayat lain semua bukan bahasa ibunda aku. rasa mcm nak amek kelas cong ceng cong ceng ja..

Saturday, June 13, 2009

ba wau dal wau ha...


kemarin aku sgt2 moody. moody mengalahkan macam moody tiap-tiap bulan wajib tu. tapi ni bukan masa yang betul utk rasa mcm tu.

apa sebab aku moody tak tentu pasal sampai perkataan ba wau dal wau ha dah jadi mainan mulut aku dah. mana taknya, dahla penat-penat tensen buat keja tak jadi kat ofis, balik ingat nak cari ketenangan. sekali sampai kat stesen monorail, orang ramai beratur macam beratur nak ambik makan free.

start aku cakap ba wau dal wau ha masa nak jalan beratur tunggu monorail, ada sorang budak tu, macam tak bagi orang jalan ja. blok habis jalan, tak reti-reti nak qhenjak sket bagi orang lalu. dah la ramai, panas plak tu.

dah ramai sangat mcm tu, train yang ke 3 baru aku dapat meloloskan diri masuk, tu pun memang dah terkepit macam lempeng. pakcik guard tu pun, dah tau orang jadi lempeng dia suruh jugak sorang india tu masuk, sudahnya aku main tolak-tolak dgn india tu guna beg aku. nasib baik beg keras, macam hebat sket tolakan aku.



masa dah nak keluar dr train tu, orang-orang kat depan pintu tu tak reti-reti nak bagi laluan.
kalau dah tau kau tu depan pintu, keluar la dulu bagi laluan. ni tak, keras mcm batu depan tu. selalu dah mcm ni. lebih sanggup kena tolak daripada keluar. keluar lagi ba wau dal wau ha..

kesimpulannya, sepanjang dua minggu cuti sekolah ni, balik keja ja hidup aku tak tenteram. nak kena ngadap orang ramai pelik sangat.
aku agak ni mesti budak-budak sekolah, tak pun budak-budak U ka kolej ka. gayanya macam tu la, macam2 jenis dressing. macam-macam gaya boleh jumpa, aku plak yang selekeh.

selama dua minggu ni aku memandang enteng budak-budak yang menyesakkan semua train stesen. bukan tak boleh keluar, boleh sangat-sangat.
tapi tak bolehka bergerak ke sana ke mari bukan masa peak hour, dalam kul5, 6 tu spare la untuk orang-orang balik kerja.
lain dari masa tu nak ulang alik naik train tak mau turun pun boleh..

aku tau tak elok cakap ba wau dal wau ha banyak2 kali tapi tak boleh bendung dah ni..

Wednesday, June 10, 2009

nam haribulan nam!! -part 1

babai..


orang cakap sesuatu majlis tu mesti ada yang tak kena, mesti ada yang tak menjadi, tak puas hati, serba sedikit yang tak mengikut perancangan. kat sini aku nak senaraikan apa yang aku tak puas hati sepanjang majlis nam haribulan nam haritu.
  • paling paling tak puas hati sekali sebab aku lambat. orang dah habis bincang dah aku still kat kedai lagi, so semua orang terpaksa menunggu aku untuk acara kemuncak. tak sempat aku nak dengar perbincangan yang hot itu. salah aku jugak sebab before pi kedai tu, masa tu jugakla aku nak pi beli bunga, masa tu jugakla aku nak pi beli kek. memangla lambat. mesti nak kena pi pilih and beli sendiri supaya puas hati. masuk rumah kelam kabut, lari-lari pi duduk buat muka tersipu-sipu sampai makcik aku tegur suruh duduk elok-elok sikit. tak sempat nak tadah tangan baca doa.

  • tak puas hati yang seterusnya sebab tak dapat buat goody bags. sebelum tu beria-ia aku rancang nak beli lunch paper bag yang warna koko tu, nak letak riben yang lebih-lebih tu, pastu kat dalam nak letak puding, buah, kuih-muih nak bagi kat tetamu-tetamu yang hadir. tapi tak jadi pun, puding pun aku tak sempat buat.

  • tak puas hati lagi sebab bunga aku tak kembang, kuncup saja. tak cantik. bila malam sikit terus semuanya tunduk. ni sebab aku beli-beli pastu terus cucuk kat span.kalau aku beli sehari awal, pastu simpan dalam timba ada air mesti kembang semangkuk. tapi hasil tangan along boleh tahan jugakla bunga-bunga tu digubah (along cakap main cucuk-cucuk ja).

  • aku tak sempat nak ambil gambar bekas satu-satu pun. harap-harap ada la orang yang snap gambar tu, bolehla aku berbangga dengan hasil tangan sendiri.

  • tak puas hati jugak bila takdak gambar sekeluarga, yang ada pun dengan kelima-lima adik beradik. tapi ni boleh qadha nanti-nanti, masih ada harapan lain kali.

setakat ni tu saja la tak puas hati yang aku ingat. rasa macam banyak lagi. kalau ingat lagi nanti tambah.
gambar belum ada, tengah tunggu.

thanks untuk mak abah, adik beradik, family semua yang banyak membantu, jiran-jiran sekampung yang tolong rewang, m.lang p.lang yg sudi sediakan bilik untuk bersanggah, kawan-kawan yang sudi datang dan tolong-tolong apa yang patut, kawan-kawan yang menge'wish', arto group yang sudi menunggu berjam-jam dalam panas. jasa kalian semua tetap dikenang..thanks..

with that, i'm officially booked..!!

skemanya nama..sebenarnya nak tulis nama penuh tapi tak sempat nak pk, dah kelam kabut..