dulu..sekarang..esok dengan rayyan akram

Friday, August 3, 2012

Ramadhan ke2 ber3

sekarang dah bulan 8..lagi 4 bulan nak habis 2012..cepatnya masa berlalu..
Alhamdulillah kita berkesampatan utk jumpa Ramadhan lg..tahun ni tahun ke2 berpuasa dan InsyaAllah tahun ke2 beraya ber3..

puasa tahun ni xbanyak beza sgt dgn tahun lps..bezanya cuma rayyan dah boleh jalan, nak masak makanan berbuka pun agak mencabar..rayyan ni seorang anak yang cengeng (ayat johor) atau meghap (ayat kedah)..sket2 nak bunyi, nak merengek..pantang nampak aku kat dapur, mulala nak suruh dokong..aku ke mana  pun dia akan bontoti..sampai nak masuk toilet pun dia nak ikut..kalo xbley ikut dia akan duduk dpn pintu toilet sambil merengek atau nangis sampai aku kluar..manja sgt kot..sudahnya ayah dia la yg masak, aku jaga rayyan..kdg2 beli je kalo xsempat..

production agak menyedihkan..seminggu awal puasa masih boleh survive..mungkin hasil susu+badam+kurma..mggu ke2 aku dh xminum susu+badam+kurma..nampak sgt production yg merudum..stok pon dah 0..kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..
sedihnya..hasrat aku nak fully bf sampai rayyan 2 thn..perlu usaha lebih..insyaAllah kalo rajin hasilnya pun lumayan..perlu lebih rajin..haish~

ibadat pulak xbanyak yg aku boleh buat..tarawih mmg xdptla nak ke surau..dah 4 tahun tak pernah tarawih kat surau/ masjid..buat kat rumah pun dapatla sehari dua..InsyaAllah kalo rayyan dah besar bolehla kot bawak ke surau/ masjid..

bulan ramadhan bulan seribu berkat...semoga keberkatan ramadhan memberikan suatu kejayaan pada aku..puasa akan menghasilkan hati yg baru, suci, bersih..semoga aku turut mendapat hati yg baru..aaammminnn...

Friday, July 20, 2012

rayyan makan

terasa macam nak buat entry makanan rayyan pulak..
1st solid food rayyan adalah ubi keledek sbb genap ja umur rayyan 6 bulan kami berada di Cameron Highland..
ubi keledek rebus mmg banyak masa tu (make sure yg tak direbus dengan garam)..lenyek2 tambah susu ibu setitik dua dan suap rayyan..cubaan pertama berjaya..rayyan makan bersuap-suap..
keesokkannya, sumbat strawberry pulak..dah balik rumah baru la buat puree kentang, puree apple, puree pear, puree labu (tapi pengasuh rayyan tak bagi makan labu kosong, angin katanya)..
aku ni bukanlah seorang ibu yang rajin..bila rayyan dah besar setahun lebih, kadang-kadang ada bekalkan makanan ke rumah pengasuh, kadang-kadang tak bekalkan pun..kalo tak bekalkan tu perlula redha dengan apa-apa jenis makanan yang pengasuh dia sumbat (yang mengandungi garam dan gula)..garam, gula dan perasa makanan tak bagus untuk baby..seboleh-bolehnya aku takkan bagi rayyan sehingga umur dia 2 tahun..
kalau kat rumah pengasuh atau orang tua suapkan tak dapat dielaklah..tapi selagi boleh aku sendiri takkan suap rayyan makanan bergula atau bergaram..biarla apa orang nak cakap..kadang-kadang sir akan marah aku kalau rayyan tak makan, katanya rayyan tak suka tawar-tawar..aku takkan putus asa, cuba pelbagaikan jenis masakan supaya rayyan nak makan..hasilnya rayyan sihat dan segar bugar walaupun badan tak berketak-ketak bila dah besar ni...


Wednesday, June 27, 2012

pengalaman beranak kat Rayyan part 1

harini genap umur rayyan 1 tahun 2 bulan..
baru aku nak cerita pengalaman bersalin..tak sempat nak belek blog..
takpa la, untuk simpanan dan kenang-kenangan..walaupun aku takkan lupa peristiwa ni tapi mesti ada juga part-part yang terlepas dari ingatan..untuk mengelakkan itu terjadi, aku masuk dalam blog..lepas ni rayyan pun boleh baca..baru dia tau perit jerih ibu..

27 april 2011-Rabu
Tidur malam dah tak keruan..asek terjaga setiap sejam ke 2 jam..rasa mcm sakit perut nak berak tapi masuk toilet tak pulak melepas..bangun pagi mandi nak pegi keja perasan ada mcm stain/ lendir kat towel, tapi buat taktau je sbb rasanya masih lagi mampu untuk kerja..sakit perut masih terasa tapi tak la kerap sgt kot..boleh handle lg..

Kat office macam biasa teruskan kerja, buat nota serah tugas, gaduh dengan bos kaw-kaw..member-member cakap muka aku merah gaduh dengan bos..ok, abaikan..

Attend majlis perkongsian ilmu + meeting cawangan kul10 pagi..sepanjang dalam meeting mengantuk + sakit perut terasa kerap sket dan makin sakit..sekali sakit tak boleh gerak, bercakap mahupun senyum..semua orang dah risau and offer untuk hantar ke klinik..abes meeting dalam kul12 lebih balik bilik..terus call sir nak pegi hosp terus (sepatutnya check up kat KK arini)..macam tak boleh tahan, nak ke hosp terus check..tunggu punya tunggu, sampai kul2 jugak baru sir sampai..

Masuk bahagian Dewan Bersalin, daftar & tunggu turn untuk check..sampai masa kena masuk bilik untuk check..dah ada 2 orang tengah check..HO lelaki yang sempoi buat VE, sambil check sambil bual2..tanya keja apa, duk kat mana..aku tak terasa apa2 pun masa VE tu, ada sesetengah orang cakap sakit..HO tu pun tanya sakit ka tak..rupanya dah bukak 3cm, dah boleh admit tapi kena ke HKL sbb putrajaya dah penuh..aku refuse utk ke HKL sbb jauh sgt..aku nak ke Serdang tapi tak digalakkan sbb katanya 99.9% akan ditolak..apakah bergaduh hosp ini??

Aku tetap berkeras nak ke Serdang, tapi kena sign surat untuk tanggung risiko sendiri..aku tunggu & fikir-fikir dulu..ramai juga yang tengah menunggu ambulance nak ke HKL..20-30minit kemudian, HO tadi panggil aku semula masuk dalam ruang check tu, dia suruh aku baring tapi bukan kat ruang yang ada 2,3 orang preggers yang tengah check tu, ruang lain yg aku sorang..ada sorang doc & HO tadi..slow2 dia cakap, sebenarnya baru je 1 bilik kosong..kitorg nak bagi kat puan tapi puan kena diam-diam la sbb ramai lagi yg menunggu..kena tunggu yg lain-lain naik ambulance dulu..Alhamdulillah..ada jugak rezeki nak beranak kat Putrajaya..bukan apa, senang sket dekat..

Kul4++, aku dibagi bilik, pasang tube utk amek darah dan utk drip..perasaan dah berdebar jugak masa tu..betol ka aku ni dah nak beranak...

(sambung part 2)

Monday, May 14, 2012

gigi susu

last week rayyan demam..skrg rayyan demam x-se-nervous dulu lg dah..dah tau cmne nak handle..itupun hasil bantuan babysitter rayyan..dia akan balut rayyan dgn towel basah, selalu jelum kepala..mmg menjadi la..kalo tgk kat hosp pun, budak yg demam panas sgt, diorg  mandikan dengan air sejuk..tp skrg rayyan adalah pantang kalo ada benda kat kepala..dibuangnya jauh2..

alhamdulillah..setakat ni rayyan demam x berpanjangan..rupa-rupanya demam sbb nak tumbuh gigi..


gigi rayyan set 1 mula tumbuh masa 5 bulan..8 bulan tumbuh gigi set ke 2..set ke 3 masa 10 bulan..skrg, 12 bulan set ke 4..dan set ke 6 dah terasa sket2..apa jd dgn set ke 5?? kena balik cek..sekarang makin menjadi-jadi dia gigit..time menyusu yang paling takut..pernah dia gigit sampai berdarah2..auuuchhhh...
dah besar rupanya anak ibu..

Tuesday, April 24, 2012

pureen sale version 2

 22 april 2012..
bertolak dari putrajaya jam 9.30pg, sampai PJ dalam 10.30++..nak cari parking pun ssh, last2 parking berbayar kat lot2 kedai..
masuk gudang tu orang mmg dah penuh..amek apa yg sempat ja kat bahagian depan (sabun mandi RM11, liquid cleanser utk cuci botol refill RM11, puting botol susu 3=RM4)..pastu terus ke bahagian baju..lg la ramai umat manusia..dah ramai yg lepak tepi2 jln tgh memilih baju..trend ni masih sama dgn tahun lps..amek baju sebanyak mungkin, lps tu baru duduk dan pilih..ni saja hasil rampasan:

baju dan seluar RM4 sehelai..
baju dan seluar RM3 sehelai..
RM8 sepasang..
baju belang2 RM12, sepasang baju di sebelah RM12 (ayah yg pilih, mahal sket)
semua yg dibeli, kain buai RM12 (kalo kat kedai luar RM20++), towel RM15, mitten booties RM5, baju gegirl RM10 nak bg kat girlfriend rayyan

Hasil kali ni lebih membanggakan berbanding tahun lepas..dah nak tutup baru pegi, hasilnya ini sahaja utk version 1:
seluar pendek RM1, seluar panjang RM3
baju sepasang RM10, RM8
baju RM3


Monday, April 23, 2012

Ectopic Pregnancy aka Hamil Luar Rahim

Aku tak pernah imagine atau cuba untuk bayangkan camna sebenarnya ectopic pregnancy (mengandung luar rahim)..dan aku berdoa supaya aku dihindarkan dari symptoms ni..slps benda ni terjadi to one of my family members, baru aku sibuk google..
selalunya terjadi sbb embrio yg disenyawakan membesar di tempat yg xsepatutnya iaitu fallopian tube..ada juga kes di tempat2 lain spt servik, abdomen atau ovari..

jumaat yg lepas aku dapat call dari mak ckp kakcik pucat2, tak bergerak tahan sakit..hampir2 pengsan..we assume dia gastrik sbb dia mmg ada history gastrik..mak plak ckp dah berapa hari dia xlalu nak makan..aku mcm xheran sgt sbb prnah ada membe yg gastrik mmg symptom mcm ni, siap muntah2 lagi..

mak bawa ke klinik private, doc xcheck terus inject ubat tahan sakit..dia makin ok cuma badan rasa lemah2..ahad malam mak call lagi ckp kakcik dah warded lps cek kat 1 lg pivate clinic..sbb ectopic pregnancy, tube dah pecah..thats why dia sakit teruk sangat..poor her..dah 2 tahun kahwin, tak dapat nak pregnant awal sbb dulu guru kontrak..skrg dpt sambung belajar dah boleh pregnant tp terjadi masalah ni plak..lagi teruk sbb she n her husband PJJ..

kul2 pagi kakcik masuk OT untuk operate buang tube fallopian yg dah pecah tu..now she only has 1 fallopian tube for little-RR-cousin to swim and survive in the future..
maklumat lanjut pasal ni aku google dan jumpa http://drkokogyi.wordpress.com/2011/02/28/ectopic-pregnancies-i-encountered/

i'll always pray for her and i know she is strong..she's the one who help mak to take care of me after delivered dulu..apa saja yg aku nak, semua dia cuba adakan..skrg aku tak boleh nak jaga dia camna dia jaga aku dulu..sedihnya..aku cuma boleh doakan dia dari jauh..semoga semuanya selamat dan ok, semoga dia tabah, semoga masih ada lg ruang dan harapan untuk dia 1 masa nanti..i love u so strong..

Wednesday, April 18, 2012

rezeki aku di mana

kebanyakan kawan umur macam ni dh stabil dan selesa dgn life masing-masing..
aku masih lagi terawang-awang, tercari-cari punca rezeki..
siapa yang aku nak salahkan?
universiti? JPA? SPA? nasib? takdir? atau diri sendiri?
kalau hidup boleh patah balik, banyak 'kalau' yang aku nak buat semula..
kalau aku tak melawan masa interview..
kalau aku tak terima offer JPA..
kalau aku tak lapor diri dgn JPA lepas habis belajar..
kalau aku tak apply scholar..
kalau aku tak belajar kat universiti tu..
kalau aku dapat result bagus masa SPM..
kalau aku ni anak 'somebody'..
banyak lagi 'kalau..kalau..'
yang pasti ini qadha dan qadar yang dah ditentukan oleh Allah..
aku harus percaya dan yakin akan rezeki yang Allah dah aturkan dalam hidup aku..
lambat dan cepat aku kena akur..
aku masih belajar untuk menerima takdir..
di samping tawakkal dan tak henti-henti usaha walaupun usaha itu mungkin adalah sia-sia..
semoga orang di atas sana terbuka hati dan ada rezeki aku di sini..

Wednesday, April 11, 2012

happy birthday Adriana..



happy birthday darling..
today is the day..
it's been a while since we saw u..
heard that u are such a cute, beautiful, adorable girl..
we miss u, n surely ur little cousin would love to know u, his father's lovely niece..
hopefully u'll always remember us even we're apart..
be a good, nice girl to everyone..especially ur grandparent..
one fine day we'll meet again..