dulu..sekarang..esok dengan rayyan akram

Showing posts with label career junior. Show all posts
Showing posts with label career junior. Show all posts

Wednesday, January 14, 2015

dua ribu lima belas

selamat menempuh tahun baru 2015..
tahun yang penuh mencabar dari segi keja, kewangan, dll..
keja masih tempat yang sama, rutin keja yang sama cuma tanggungjawab makin bertambah..
orang makin kurang buatkan keja makin bertambah..
kecewa dengan pengurusan..
seribu satu cerita pasal keja..
pasal kawan-kawan keja, macam2 ragam manusia ni..
harapnya tabah menempuh alam keja yang lagi berpuluh-puluh tahun..
syukur ada keja, kalo difikirkan orang2 luar sana yang masih tak bekerja..

Wednesday, April 18, 2012

rezeki aku di mana

kebanyakan kawan umur macam ni dh stabil dan selesa dgn life masing-masing..
aku masih lagi terawang-awang, tercari-cari punca rezeki..
siapa yang aku nak salahkan?
universiti? JPA? SPA? nasib? takdir? atau diri sendiri?
kalau hidup boleh patah balik, banyak 'kalau' yang aku nak buat semula..
kalau aku tak melawan masa interview..
kalau aku tak terima offer JPA..
kalau aku tak lapor diri dgn JPA lepas habis belajar..
kalau aku tak apply scholar..
kalau aku tak belajar kat universiti tu..
kalau aku dapat result bagus masa SPM..
kalau aku ni anak 'somebody'..
banyak lagi 'kalau..kalau..'
yang pasti ini qadha dan qadar yang dah ditentukan oleh Allah..
aku harus percaya dan yakin akan rezeki yang Allah dah aturkan dalam hidup aku..
lambat dan cepat aku kena akur..
aku masih belajar untuk menerima takdir..
di samping tawakkal dan tak henti-henti usaha walaupun usaha itu mungkin adalah sia-sia..
semoga orang di atas sana terbuka hati dan ada rezeki aku di sini..

Wednesday, January 12, 2011

pekerjaan

aku suka kat sini tapi ada orang kat sini yang agak menjengkelkan..
ayat tak boleh tahan "saya tak boleh buat dah keja tu, tak sempat"..
kau sorang je la yang tak sempat, banyak sangat la keja kau berjalan ke sana ke mari.
tak sampai seminit ada jugak yang bagi ayat tu kat dia "tengoklah kalo saya sempat"
kena balik..dushhh!!~
dan nanti bila dah start 'pakai topeng bos', keadaan mungkin akan lebih menjengkelkan dengan arahan2 dari 'bos' baru ni..
manusia ni ada mcm2 jenis, mcm2 ragam..termasuklah aku seniri, ada ragam aku seniri..
tapi aku harap aku tak menjengkelkan orang2 di sekeliling..

Tuesday, February 2, 2010

stop pushing me!!

sekarang ni aku rasa kosong. pagi p keja kosong, kat office kosong, balik umah mlm kosong, tadak input dan output..
dah tadak mood nak buat keja. adakah sbb aku excited nak start keja baru?tak jugak..
adakah sbb aku tadak semangat sbb bulan ni aku keja for free, tadak gaji, tadak elaun?mungkin jugak..
aku sayang nak tinggal notebook aku, sayang nak tinggal company, sayang nak tinggal keja aku skrg yg aku baru nak mula melangkah..lps ni passpot aku akan kosong, banyak lai lagi ni..

apa pun aku bersyukur sbb tak payah kluar duit beribu-ribu utk bayar balik company skrg, spatutnya disbbkan short notice, aku kena bayar 2 bulan gaji, tapi atas budi bicara aku tak payah bayar tapi bulan 2 ni aku keja for free, NO salary, NO allowance..2 bulan gaji tu tolak dgn salary, allowance aku semua still ada balance lg, tp dh tolak..aku agak kopak skrg ni..tak boleh nak pusing2, jalan2 takut nanti aku terbeli..
dan aku tak sabar nak balik kampong duduk bawah ketiak mak...aku dah taktau camna nak describe apa aku rasa la ni..

Thursday, January 28, 2010

kebelakangan ini..


dah sebulan 2 hari aku jd isteri orang walaupun boleh kira berapa hari aku pgg jawatan tu..
aku sepatutnya bersorak gumbira, riang ria mkn kek, coklat, ais krim banyak2..
monthiversary pun tak sempat nak celebrate wish ka apa ka, aku celebrate dlm perjalanan blk ke kdh sorang2..memang tengah serabut..

kelam kabut cari tiket on the spot blk kdh atas urusan yg penting..kputusan mendadak, 24hb jb-as, 25hb as- bp..nasib baik dpt mak mentua yg memahami, tlg hantar ke sana sini, berlakon skali dgn doktor utk dptkn mc utk aku..

hidup aku kebelakangan ni kelam kabut, segalanya mess up, tak tentu arah..
keja ni pun aku tak dapat nak concentrate..macam2 aku fikir..
i need a break..jasad aku bergerak tp roh dan otak aku merayap p mana pun tak tau..
rasanya jari aku bergerak ni pun aku tak sedar kot..haha

rezeki dan dugaan datang serentak..good+bad <> neutral

Tuesday, November 17, 2009

buntu, tepu, beku

ok..aku dah penat hari2 masuk kuar office tanpa sebarang input atau output..sampai bila nak berbulan madu camni? otak aku pun dah jadi beku..kadang2 aku rasa orang2 sini pilih bangsa plak..kalo bangsa dia keja memanjang xbenti ke sana sini..kalo yang bangsa aku tu makan angin kuar asap ja..aku dah lama jatuh cinta dgn peoplesoft ni sampai tak mau cari keja yang guna application lain..dan aku malas nak cari keja lain kat swasta tu, nanti kena lalui probation lagi, gaji pun blom tentu dapat lebih dari sekarang..

kalo dulu time keja mcm orang gila aku rasa penat sangat2, rasa nak balik sini cepat2..tapi bila dh balik sini aku rasa nak keja mcm orang gila lg..aku nak duit banyak2 sbb macam2 aku nak beli, macam2 aku dah berangan..tapi kalo kat sini ja, duit xberanak..
aku pun dah penat nak jawab soalan yang seolah2 aku ni xrisau, seolah2 aku ni syok gila duduk nganga ja..dah berpuluh2 kali aku jawab pun nak tnya2 lagi..stop la dulu..banyak2 kali nak jawab ni penatla..aku takmau stress la, nanti muka huduh berkerut-kerut..

Wednesday, November 4, 2009

rugi tak terkata

arini tadak semangat nak buat pa pun, memang takda buat papa pun sejak dua menjak ni, tapi kali ni rasa down sangat..aku dah tolak 1 lg rezeki..pagi tadi taktau camna boleh tergerak hati nak cek laman web tu, tengok2 aku memang dipanggil untuk temuduga tapi tarikh dah lepas. mula la gelabah call sana sini..tp aku tak bgtau tunang aku pun. kalo dia tau mesti dia bising gila2 sbb aku buat ringan pasal ni, patutnya kena set reminder awal2 lg. agak2 boleh nak merayu tak?

Thursday, August 27, 2009

my childhood dream

terasa nak tiru entry org..
my childhood dream takla hebat sangat..
cukupla sekadar menjadi....

tapi, cita-cita tak kesampaian..

sudahnya, aku jadi ini...




Thursday, August 20, 2009

entry unsur ***&!!~$%**

ni apa kejadahnya toilet tiba2 takda air..
nak kata paip bocor, bekalan putus, laju plak kat sinki tu..
ni yg aku tak puas hati. kenc*** takpa lg bley tahan sat..kalo tiba2 sakit perut nak be***, tak ke parah.
selama ni aku duk masuk toilet org cacat, ada la air, toilet lain mmg tak jejak kaki dah, harap air sinki ja..ni tadi toilet org cacat pun dah tadak air..paip getah ada air takda tak guna jugak..sapa ntah gatai tgn tutup air..
kalo dah c**** tu c***** jugak..tak belengaih ka?
takkan nak google cara-cara beristinjak plak kot..

Wednesday, August 5, 2009

dah masuk 3 minggu..aktiviti di Kallang

dah masuk 3 minggu aku kat sini..
aku di attached kat company client, CapitaLand dan macam biasala, kebanyakkannya cina tapi ada juga india. melayu susahla kot nak cari. melayu kat sini susah nak beza dengan cina, yg pakai tudung tau la melayu. yg pakai skirt tiba2 masuk masjid pun tau la tu islam, tak semestinya melayu. melayu pun tak semestinya islam kat sini, ada melayu christian, tapi yang boleh tahan sket kat sini, depa cakap english. at least tak la aku ternganga bila depa sembang kan..
dari company aku, 1 team ada dalam 9orang. 1 melayu pompuan (ada geng, nasib baik),3 indian guys, 4 chinese guys, 1 europian. pagi2 kuar umah kul8++, kena jalan dalam 15minit ke station ketapi melalui flat2 dan kondo2. flat kat sini walaupun dah tua tapi tetap bersih dan terjaga. umah aku tu pun every week ada auntie mai cuci. tak tau la apa yg dia cuci.

walaupun ketapi sini pack jugak macam kat sana, tapi luas sket dan sentiasa ada, 3 minit skali.walaupun ramai tapi boleh bernafas degan senang la. takla macam sardin.9 station ke office di station Bugis amek masa dalam 20minit. sampai station kena jalan lebih kurang 15 minit lagi.so, purata perjalanan harian pergi balik tempat kerja adalah 2 jam termasuk jalan.setakat ni keja aku takla banyak sangat tak macam org lain yg aku tgk sgt hectic.weekend pn p office.

weekend aritu, sabtu aku join dragon boat anjuran church colleague aku. pagi kul10 dah turun sungai Kallang, dari sungai tu nampak the flyers, singapore punya eye on singapore.experience baru utk aku, dulu main kayak ja. kat sini berpeluang dragon boat plak. satu boat ada 14 orang yg memerlukan coordination dalam mengayuh. siap ada training before turun sungai. tengah2 panas terik berkayuh. lepas tu ada race yg kami kalah. ya la, ladies lagi banyak dalam boat tu tak mcm boat lain. best pengalaman ni, berpeluang jumpa office mate lain yang kat sini. kalo aku tak join memang tak kenal la.

belon besar yg akan digunakan utk national day weekend ni..hujung tu sungai Kallang tempat berdragon boat

tak amek gambar sangat, takkan nak bawak kamera masuk sungai. kamera tak cukup hebat. balik tu lunch ramai2. sini agak susah nk cari makanan halal kecuali kat tempat melayu ramai. terpaksala makan kedai cokia-cokia mana yang ada. makan ja apa yg ada janji halal..

office..

Saturday, July 18, 2009

babai..

babai kawan-kawan..
babai kl..
babai malaysia..

rawang

ini kuil, bukan masjid..


dah 2 minggu aku kena p rawang. awatla rawang tu jauh sangat. naik komuter dekat sejam, 10 station. naik teksi plak dalam rm15. botak aku kalo lama-lama kat sini.aku masuk perodua ni macam ayam masuk kandang lembu. tiba-tiba aku sorang pakai baju lain dari yang lain. kat sini semua pakai uniform. nampak sangatla aku ni orang luar.ceapat-cepatla settle keja kat sini, nak balik office cepat-cepat.walaupun sini ramai melayu tp rasa macam depa pandang aku lain macam. ya la, akukan ayam. depa kan lembu. aku ingatkan kalau melayu ramai ni xda la problem racist.tapi ada jugak. perbezaan company omputih cakap apa?

rasa macam dalam filem hindustan shah rukh khan pun ada gak. belakang aku ramai india-india yang memang dari india. calo, calo la..

Thursday, June 25, 2009

transformers, robot, nasi lemak, H1N1...

jam dah ke 10.36am tapi keja aku 1 pun tak sentuh lagi. sejak sampai office kul9 tadi, ok tipu, 9 lebih..aku tak sentuh lagi keja-keja yang menunggu.aku ada masa 4 hari saja lagi tolak sabtu ahad hari utk berpoya-poya,untuk siapkan 4 pages yang macam pening-pening lalat.

tapi rasa macam takda mood lagi nak start keja. mood mai masuk cepat, nanti tak siap keja aku susah plak.
sapa nak tanggung perut aku 3 kali sehari ni.
sapa nak tanggung henpon aku bagi ada bunyi tiap2 hari.
sapa nak tanggung tempat tidoq aku.
dan banyak lagi yang nak kena tanggung atas kepala.

sampai office ja aku trus masuk lwbc4, bukak ym sat kot-kot ada berita penting, baca email,melawat family angkat memandangkan aku dah tinggal depa 1 malam, mcm2 bley jadi,bukak blog baca update link sebelah kanan, sendiri mau update malas.tengahari sket baru start sentuh keja.

dalam office ni sekarang ada 4 orang, memangla meriah, gelak kuat-kuat, sembang macam-macam pasal transformers la, cerita pasal nasi lemak la, H1N1 la..

tapi detailsnya aku tak tau la, tu ja yang aku faham.
transformers, robot, nasi lemak, H1N1...kadang-kadang ada dengar juga nama aku disebut..
ayat-ayat lain semua bukan bahasa ibunda aku. rasa mcm nak amek kelas cong ceng cong ceng ja..

Thursday, May 28, 2009

bosanla..

dah 2 bulan 5 hari aku kerja kat company ni tapi kenapa aku tak jumpa lagi apa yang aku cari selama ni?apa yang aku cari?

so far, working environment kat sini lagi teruk dari intel.benefit boleh tahan menarik tapi aku rasa macam kosong kat sini.memang kosong pun. buat perbandingan sikit:

1. dulu: ramai chinese tapi hari-hari lebih dari 20 orang manusia aku jumpa dalam office sekarang: pun ramai chinese tapi hari-hari jumpa sorang dua saja.

2. dulu: chinese situ selalu speaking in english kecuali masa makan nak cerita hebat-hebat, depa bukakla cerita dalam bahasa depa. siap ada tampal notis lagi suruh guna english for formal occasion.tapi depa ni faham-faham sendiri la kalau tak formal pun tapi kalau ada malay depa akan cakap english.
sekarang: chinese kat sini suka nak cakap bahasa depa kalau nak cakap apa-apa, even nak bincang pasal hal kerja pun guna bahasa depa kecuali nak cakap dengan aku. bincangla dalam english, aku nak faham jugak cerita pasal apa.

3.dulu: walaupun aku tak tau langsung pasal tools, langguage yang digunakan tapi aku tetap belajar dan tanya-tanya staff kat situ. dia akan ajar dan bagi penerangan yang aku mudah faham. dan hasilnya aku dapat buat kerja dengan jayanya.
sekarang: aku memang tak tau langsung pasal peoplesoft ni. aku blur lagi walaupun ada yang ajar. dia ajar tak faham dan dia anggap aku dah tau semua benda. main sebut ja apa aku nak kena buat. at least bagila contoh or notes. boleh aku explore.

kesimpulannya, aku dah bosan tak ada kerja nak buat. dah 2 bulan kot. tak kan tak boleh nak assign projek lagi kat aku.

macam 'air minit' tp mcm botol kicap..gambar tiada kena mengena dengan entry.

Monday, March 30, 2009

ramai yg berpusu-pusu nak jadi tenaga pengajar

sabtu lepas aku menduduki exam utk jd cekgu, mtest kat putrajaya.kuar umah seawal 6.30am p ampang nak tumpang membe aku.kebetulan sama pusat test.ni membe baik aku sama2 sek rendah sampai sek men.U ja lain.bertolak awai sbb takut sesat.typical girl..sampai putrajaya dlm kul8, ada sejam sblom start test.xsusah pn nk cari sek tu brdasarkan petua dr membe2 & hasil google earth membe aku tu.aku mmg haram xtau lgsung jln.tau mrr2, highway plus, jln kaki dr lrt blk umah, lrt ke shopping complex(wajib tau)..

sek yg xmcm sek sgt bg aku, sek moden kat putrajaya plak tu, mstila hebat.baru gah sket, mmgla lain dr sek zmn aku dulu(7 8 thn dulu, dh lama aku tggal sek rupanya, rindu nk blk zmn sek).padang dh mcm mini stadium.bgunan bentuk U, hebat sungguh.sek zmn dulu2 bgnan bntuk I ja.jln2 cari kelas tmpat test,bkn main ssh nak cari.sekolah 3 tgkat, lorong kelas sampai 3, 4 lorong.xmcm sek zmn dulu 1 lorong ja.main aci sembunyi conform ssh nk jumpa.dekat sengah jam jg naik turun tangga pusing2 cari kelas.last2 jmpa jg.aku kelas A, membe aku kelas R, semuanya sampai kelas U. 1 kelas dalam 30 org.bayangkan berapa ramai yg nak jadi cekgu, harapan nak lepas mmg bagai telur diujung tanduk, nak sentuh tanduk pn susah.ni baru kat 1 sekolah. putrajaya ja dh berapa sek jadi pusat, KL ja dah berapa-rapa pusat,apatah lg 1 malaysia.fuhh..awatla ramai sgt nak jd cekgu ni.takpa la, aku cuba nasib ja.untung batu tnggelam, untung sabut timbul(btol ka ni,test power bm lps amek test cekgu..hehe).

9.00am test start, ada 5 bahagian, setiap 1 bahagian sengah jam, 30minit.break amek nafas 2 minit, trus sambung bahagian lain. nak regangkan jari pon xdan.soklan bley tahan, yang susah tu susa btoi, menguji minda aku yg dah berkarat ni, mmg mencabar, pusing sana pusing sini abes jawab lbey kurang kul12.tunggu membe aku abes kat lobby sek.berpusu-pusu orang kuar dari kelas.masing2 dgn gaya ala2 cekgu, muka mengalahkan cekgu pn ada, dressing apatah lg.yg laki nya xla obvious sgt. yg pompuan tu, huh, mmg aku ni level ke10(level bwh skali 1-10) nk dibandingkan dgn yang lain2.dgn berkasut tinggi tup tap tup tap,mekap merah pipi lentik bulu mata semua ada la.baju lagila, mcm2 color, mcm2 fesyen.aku xtau la apa nasib aku, lepas ka x test ni, kalo lepas alhamdulillah, p interview. kalo xlepas cuba lg thn depan

aku x la mengharap sgt nak dapat jadi cekgu ni memandangkan aku baru ja lg start keja, at least nak jugakla merasa gaji 2, 3 bln.jmpa client 2, 3 org.atas nasihat mak pak, kakak, makcik pakcik, sogokan pin bsn free yg menyebabkan aku apply jadi cekgu ni. kalo ikutkan aku biarla jadi cekgu atau tenaga pengajar bila umur 30 ke atas yg dh cedok pengalaman sket2 kat industri. senang sket nak kelentong budak, kelentong yg berisi la, bukan kelentong kosong.apa pun nasib aku kita 'wait n see'..

Thursday, March 26, 2009

new beginning as a new me in a new world

it's quite a long time since my last post..it's not that i don't have any story to share to..just don't have time to write and no internet access in my previous office..skrg dah tukar opis baru la..dah bley main taip-taip la..

ckp pasal kerja..i'm a career woman now..sounds good aight..aku kerja as a Trainee Consultant at Bukit Bintang..so sape2 terlalu kat Bukit Bintang ni bleyla singgah2 n calling2..bley makan2..2 bln yg lps aku keja kat Bukit Jalil (asek bukit ja kan)..keja situ okla, but the environment and facilities provided are not so good..ya la, no internet access..quite troublesome to search for any info or error regarding to work that is related to programming..just imagine, we have to share 2 pc that have the internet..other pc no internet..nada..5 of us share 2 pc and all are programmers..takes time to finish 1 project..so, the moral of the story, nak cari keja tanya abes- abesan semua benda termasukla hware/sware equipt provided, benefits, facilities dll..

so, bermulalah perjalanan idup aku sehari2 naik train..berasak2, berebut2 pagi2 nk p keja n blk umah tu dh jdrutin harian..mcm pg td, dh rmai sgt org smpai xcukup tiang nk pegang..nasib baik aku sempat capai tiang tngah2 tu..tp xsmpai seminit aku lepas tiang tu sbb aku xsanggup tgn aku berada dibwh ketiak lelaki berbulu..rela aku terhoyong hayang dlm train tu..dulu mati-matian aku ckp kat org xmau keja kat kl..lifestyle kat kl ni hectic..serabut alam..tp last2 sini jg tmpt aku cr rezeki..nk wat camna, sini kan bnyk peluang..nak duk kg kat kedah tu, sampai bila la tanam anggur ja..penang pn bnyk peluang tp kilangla bnyk..tp tau2 sajala la ni, bukan musim org cr keja tp musim org buang pekerja..tambah2 kilang.. kilang yg besar2 pn bley buang2 pekerja..aptah lg kilang2 kecik..

so, hargaila kerja yg ada skrg supaya senang nak dpt kerja yg lg bagus di masa akan datang..(quote by mr red)

Friday, October 24, 2008

nasi lemak balut suratbaq cina

pagi ni breakfast nasi lemak dgn neskefe. skali pndg trkejut pn ada gak. nasi lemak tu dibungkus dgn suratbaq cina.inilah malaysia namanya, nasi lemak mlmbgkn mlayu,pmbalut ns lmk mlambngkn cina. kalo dulu-dulu jmpa suratbaq cina xbrani nk dekat, sbb mak kata apek jual suratbaq tu xbasuh pungkoq pastu pgg suratbaq. tp skrg mkn pn dh bralaskn suratbaq cina. tak rasa pa pun yang pelik-pelik


apa yg aku nak crita kat sini adalah pasal environment keja yg 10:1, 10=cina 1=mlayu
disebabkan aku agak baru disini dan sementara cuma, aku kurang bergaul sangat dengan orang disini. aku rasa agak rendah. Disini ada perbezaan diantara blue badge employee dan green badge employee. antara 2 badge ini ada prbezaan yg ketara dr segi gaji, ms kerja, benefit dll.
mungkin ada yang beranggapan aku hanyalah sementara dan tidak sama taraf dengan
mereka yg sudah lama disini wpon aku masih dikategorikan sbg blue badge. dan mungkin jg sbb
aku muda trang-tang-tang, kurang pengalaman dan masih 'kanyaq', kata org kedah.
atau mungkin ini hanyalah anggapan aku semata-mata. org disini tak berani nak dekat dgn aku sbb aku asyik pndg monitor siang malam, tak pandang pon kiri kanan kecuali utk stretching program tepat jam3, tu pn tak pernah dpt token (hadiah) sebab aku malas nak buat semua tu, lainlah kalo ada kawan.


hidup aku perlu ada kawan. kalo tak ada kawan aku xtentu arah. kerja kat sini buat aku stress bila tak ada kawan. aku jadi malas nak buat kerja. kerja banyak bertangguh. tak dak sapa-sapa boleh buat rujukan dan tempat tanya.


melayu yang ada :1 kat sini agak sombong. aku kawan pun dgn 2 3 org cina, sorg india. cina tu layan aku agak baik, bawa aku kuar makan. mak aku ckp kalo baru kenal jgn mudah anggap orang tu baik sangat, takut nanti-nanti kecewa bila dia tukar wajah. aku harap dia tak akan tukar wajah. sbb aku dah agak selesa sikit (1% shj) kat sini wpon aku dah nak blah bln doblas ni



dah lama tak makan nasi lemak balut daun pisang. aroma cucuk hidung boleh makan banyak.