dulu..sekarang..esok dengan rayyan akram

Showing posts with label makan time. Show all posts
Showing posts with label makan time. Show all posts

Thursday, January 22, 2015

makan apa

godek-godek external hard disk lama nak cari dokumen terjumpa catatan pasal makanan pertama Rayyan..
Anakku, betapa ibu sayangkan kau..
sampaikan makan apa pun ibu catat..
tapi dari 6 bulan sampai 9 bulan saja la..
tapi masih ingat detik2 pertama ibu suap makan kat Rayyan..
di mana, makan apa, macam mana riak wajah masa mula-mula rasa solid food..
terbayang-bayang sehingga sekarang..

27 Okt = sweet potato
28 Okt = strawberry
29 Okt = sweet potato
30 Okt-4 Nov = bubur nasi+carrot
5&6 Nov = bubur nasi+carrot+potato
7-11 Nov = bubur nasi+potato
12-18 Nov = bubur nasi+bayam
             pisang
 26 - 1 disember = bubur nasi+broccoli+salmon
              avocado
2-5 disember = bubur nasi+carrot+ikan bilis
6-10 disember = bubur nasi+broccoli+salmon
11 - 13 disember = bubur nasi+carrot+potato+salmon
               pear

bila dah besar, Rayyan memilih makan..
dipaksa baru makan nasi..
roti sememangnya pilihan hati..menolak tak pernah sekali..
kadang-kadang dijamah sahaja mee..

membesar lah dengan sihat, bijak, cerdas dan soleh anakku..


Friday, July 20, 2012

rayyan makan

terasa macam nak buat entry makanan rayyan pulak..
1st solid food rayyan adalah ubi keledek sbb genap ja umur rayyan 6 bulan kami berada di Cameron Highland..
ubi keledek rebus mmg banyak masa tu (make sure yg tak direbus dengan garam)..lenyek2 tambah susu ibu setitik dua dan suap rayyan..cubaan pertama berjaya..rayyan makan bersuap-suap..
keesokkannya, sumbat strawberry pulak..dah balik rumah baru la buat puree kentang, puree apple, puree pear, puree labu (tapi pengasuh rayyan tak bagi makan labu kosong, angin katanya)..
aku ni bukanlah seorang ibu yang rajin..bila rayyan dah besar setahun lebih, kadang-kadang ada bekalkan makanan ke rumah pengasuh, kadang-kadang tak bekalkan pun..kalo tak bekalkan tu perlula redha dengan apa-apa jenis makanan yang pengasuh dia sumbat (yang mengandungi garam dan gula)..garam, gula dan perasa makanan tak bagus untuk baby..seboleh-bolehnya aku takkan bagi rayyan sehingga umur dia 2 tahun..
kalau kat rumah pengasuh atau orang tua suapkan tak dapat dielaklah..tapi selagi boleh aku sendiri takkan suap rayyan makanan bergula atau bergaram..biarla apa orang nak cakap..kadang-kadang sir akan marah aku kalau rayyan tak makan, katanya rayyan tak suka tawar-tawar..aku takkan putus asa, cuba pelbagaikan jenis masakan supaya rayyan nak makan..hasilnya rayyan sihat dan segar bugar walaupun badan tak berketak-ketak bila dah besar ni...


Monday, November 30, 2009

prosperity takda kaki nak jalan sampai sini

aku nak makan ni..tp td call mcd, 'im sorry miss, we're not cover your area'..berkobar2 aku td..utk pengetahuan clown hidung-mulut-merah-sarung-tangan-kuning-kasutterlebihsaiz, tempat aku bdr sri permaisuri ni dekatla sangat dengan jusco maluri, cheras leisure mall, takkan tu pun tak bley nak cover..bukan jauh pn..5 minit tak sampai..sila upgrade gps n coverage anda tu..duit minyak motor tak sampai rm2 nak ke sini..ceittt..

Saturday, October 17, 2009

akhirnya dapat jugak..

ok, aku sedikit gigih buat membership card semata2 nak dapat makan sushi rm2 untuk semua plate. purple, merah, pink, biru, beige semua harga rm2. tapi xpa, dapat balik duit buat card tu dengan voucher yg hanya bley guna tahun dpn..

dan aku jugak telah menagih simpati dari deq n her bf utk makan sama2 dengan aku..tapi malangnya tempat yg kami p kat queenspark tu sangat penuh dan dah nak tutup sbb dh 9.30 malam. sekali lagi aku menagih simpati deq(lebih kepada paksa sebenarnya) utk join aku makan on the last day kat klcc tapi malangnya lagi aku sangat tak puas hati sbb dapat plate pink shj. mmg taktik depa mcm tu, sengaja letak yg murah2 kat belt tu, nnt xla depa rugi sgt..malang lagi kami dapat tempat duduk yg bukan dekat belt tu, terpaksala menunggu, berdiri, melangok tepi belt tunggu sushi2 berjalan..haisshhh..aku tak puas hati..