dulu..sekarang..esok dengan rayyan akram

Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Wednesday, January 14, 2015

dua ribu lima belas

selamat menempuh tahun baru 2015..
tahun yang penuh mencabar dari segi keja, kewangan, dll..
keja masih tempat yang sama, rutin keja yang sama cuma tanggungjawab makin bertambah..
orang makin kurang buatkan keja makin bertambah..
kecewa dengan pengurusan..
seribu satu cerita pasal keja..
pasal kawan-kawan keja, macam2 ragam manusia ni..
harapnya tabah menempuh alam keja yang lagi berpuluh-puluh tahun..
syukur ada keja, kalo difikirkan orang2 luar sana yang masih tak bekerja..

Wednesday, April 18, 2012

rezeki aku di mana

kebanyakan kawan umur macam ni dh stabil dan selesa dgn life masing-masing..
aku masih lagi terawang-awang, tercari-cari punca rezeki..
siapa yang aku nak salahkan?
universiti? JPA? SPA? nasib? takdir? atau diri sendiri?
kalau hidup boleh patah balik, banyak 'kalau' yang aku nak buat semula..
kalau aku tak melawan masa interview..
kalau aku tak terima offer JPA..
kalau aku tak lapor diri dgn JPA lepas habis belajar..
kalau aku tak apply scholar..
kalau aku tak belajar kat universiti tu..
kalau aku dapat result bagus masa SPM..
kalau aku ni anak 'somebody'..
banyak lagi 'kalau..kalau..'
yang pasti ini qadha dan qadar yang dah ditentukan oleh Allah..
aku harus percaya dan yakin akan rezeki yang Allah dah aturkan dalam hidup aku..
lambat dan cepat aku kena akur..
aku masih belajar untuk menerima takdir..
di samping tawakkal dan tak henti-henti usaha walaupun usaha itu mungkin adalah sia-sia..
semoga orang di atas sana terbuka hati dan ada rezeki aku di sini..

Thursday, January 28, 2010

kebelakangan ini..


dah sebulan 2 hari aku jd isteri orang walaupun boleh kira berapa hari aku pgg jawatan tu..
aku sepatutnya bersorak gumbira, riang ria mkn kek, coklat, ais krim banyak2..
monthiversary pun tak sempat nak celebrate wish ka apa ka, aku celebrate dlm perjalanan blk ke kdh sorang2..memang tengah serabut..

kelam kabut cari tiket on the spot blk kdh atas urusan yg penting..kputusan mendadak, 24hb jb-as, 25hb as- bp..nasib baik dpt mak mentua yg memahami, tlg hantar ke sana sini, berlakon skali dgn doktor utk dptkn mc utk aku..

hidup aku kebelakangan ni kelam kabut, segalanya mess up, tak tentu arah..
keja ni pun aku tak dapat nak concentrate..macam2 aku fikir..
i need a break..jasad aku bergerak tp roh dan otak aku merayap p mana pun tak tau..
rasanya jari aku bergerak ni pun aku tak sedar kot..haha

rezeki dan dugaan datang serentak..good+bad <> neutral

Wednesday, November 4, 2009

rugi tak terkata

arini tadak semangat nak buat pa pun, memang takda buat papa pun sejak dua menjak ni, tapi kali ni rasa down sangat..aku dah tolak 1 lg rezeki..pagi tadi taktau camna boleh tergerak hati nak cek laman web tu, tengok2 aku memang dipanggil untuk temuduga tapi tarikh dah lepas. mula la gelabah call sana sini..tp aku tak bgtau tunang aku pun. kalo dia tau mesti dia bising gila2 sbb aku buat ringan pasal ni, patutnya kena set reminder awal2 lg. agak2 boleh nak merayu tak?

Saturday, October 10, 2009

menyesal dulu pendapatan...(kenapa pendapatan?)

tadi aku dah membazir rm100 semata2 nak tukar tiket..tu la, awal2 tak cek dulu kul brapa bergerak..kan dah melayang rm100..sebelom ni pernah jadi gak tapi tu aku sorang mmg tadak hal..tak kesah la waktu mana pun..ni ada hal dan dengan orang plak..takkan la awal2 pagi dah nak balik..haisshhh...dengan rm100 tu macam2 boleh buat..nyesal tak sudah!!

Tuesday, September 8, 2009

sahaja aku puasa di bulan ramadhan - 3


sejak 2,3 menjak ni aku berbuka mkn kueh 2 ketul dgn beskut free cicah air milo panas free. harini macam tak tahan sbb banyak fikir kna makan jugak untuk terus berfikir. perut pun dh menggelegak mintak isi.
so, aku order mcd online. system online ordering sgt efficient, as usual masukkan info, address. address bley pilih kat system, dari unit no, block, jalan, segala benda, tinggal click ja. payment bley credit card, cash. mayonis, sos pun bley mintak lbey. harga pun xla mahal sangat, 2 burger 1 fries baru $9. lepas abes smua 5 step ada security code validation hantar kat hp dan ada plak email confirmation. tak sampai 15 minit dah dapat makan bergantung pada jarak mcd dgn office atau umah. aku kat office, so cptla. mcd dekat ja. mari makan!!!

konsep sekarang: apa dan dimana tak penting, yang penting berbuka..

Friday, April 24, 2009

refleksi diri ku, kamu, kita

cermin-cermin la diri tu, renung dan imbas balik..


ingat balik apa yg kita dah buat sebelom nak tuding jari nak maki-maki, kutuk-kutuk orang lain.kita pon xcukup smpurna nak maki-maki, kutuk-kutuk orang.renung balik, ingat balik segala apa yang kita dah buat kat orang,kalo pun bukan pasal hal diri kita sendiri, mungkin amanah yang orang bagi kita tak laksanakan dengan betul.

hidup ni kan macam roda, sekejap kita kat atas, sekejap kita kat bawah.atas bawah tu bukan setakat bermaksud kita jatuh atau bangun, tapi boleh jadi jugakselepas apa yang kita buat kat orang, perkara yang sama akan pusing balik terjadi kat kita.tunggu masa ja perkara tu nak pusing mai kat kita balik, kalau bukan perkara yang baik, perkara yang tak baik.tapi tu semua datang dari kita juga.


buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat



Tuesday, April 21, 2009

renungan untuk melindungi dan memelihara aset

aset berharga??

aset baik punya??

aset dicemburui??

aset dicumbui??

apa makna aset bagi seorg pompuan? bagi pandangan laki-laki, semua sudah sedia maklum, aset pompuan adalah yang di atas dan di bawah.bagi pandangan pompuan?

bagi pandangan pompuan normal yang mempunyai akal fikiran yang waras, yang tidak bernafsu jahat, tidak berperangai pelik dgn menganggap dia adalah benar tiada-yang-benar-melainkan-diri-dia-sahaja, aset utama adalah sikap..

kalaupon kau rasa aset-zahir-yang-tidak-kekal kau itu adalah utama, penting untuk pandangan dan tatapan ramai, kau memang agak tidak normal.

sikap yang baik, berbudi bahasa (tidaklah sampai cakap dgn orang kena tunduk ke lantai memanjang), disenangi ramai orang, mulut tidak sesuka hati mengata sana-sini dengan ada tahap-tahapnya.sikap ini boleh kekal asalkan pandai dikawal.sekiranya aset-zahir-yang-tidak-kekal meninggi bak gunung atau melantun bak belon pun, tp kalau kau bersikap buruk tak ada gunanya.

biarlah setara dan sekata setiap aset kita wahai pompuan.cermin diri secara dalaman sebelum berbangga dgn aset-zahir-yang-tidak-kekal itu..