dulu..sekarang..esok dengan rayyan akram

Showing posts with label politikus. Show all posts
Showing posts with label politikus. Show all posts

Thursday, May 21, 2009

apa kaitan dua berita ni?

Hanya 480 bas ekspres selamat..

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan, hanya 480 daripada lebih 52,000 bas ekspres yang beroperasi di negara ini ketika ini memenuhi piawaian keselamatan penumpang seperti ditetapkan kerajaan pada 2007. Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan, berkata kajian Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati, masih banyak syarikat bas ekspres tempatan belum menukar badan bas mengikut piawaian R66 ECE (Suruhanjaya Ekonomi Eropah) yang diwajibkan kerajaan sejak 2007. Katanya, pematuhan piawaian R66 ECE bagi bas baru diwajibkan kerana struktur bumbung yang kuat mampu mengurangkan risiko kematian ketika kemalangan.


Tambang baru teksi, bas bulan depan..

KUALA LUMPUR: Kadar tambang baru bas dan teksi dijangka diumumkan bulan depan, selepas semakannya dibawa ke Kabinet, akhir bulan ini. Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Markiman Kobiran, berkata kadar tambang baru itu membabitkan bas henti-henti, bas ekspres, bas pengantara dan bas sekolah selain teksi dan kereta sewa.“Kita sedang menunggu maklum balas daripada Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebelum semakan tambang dibawa ke perhatian Kabinet akhir bulan ini,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

apa benda ni? aku sebagai pengguna bas ekspres untuk angkut aku balik kampung memang tak puas hati. sah-sah bas tak selamat, nak naik tambang lagi. rasanya baru ja tambang naik, nak naik banyak mana lagi. dah mengalahkan harga tiket flight pulak.sudah-sudahla tu

Wednesday, May 13, 2009

pantun dua kerat

hai yeop..

apa sudah jadi,
hari-hari tukar menteri.

tidakkah aneh peristiwa ini? sudah-sudahlah, tetapkan cepat siapa yang benar, tak perlu lagi rakyat nak tengok sandiwara semasa. sudahnya dari muka surat 1 sampai last bercakap pasal politik saja. hal ekonomi negara, dunia yang sangat penting di saat-saat genting ni dah terbenam atau sengaja dibenamkan supaya rakyat tak memberontak lagi.

rakyat mendengar, melihat dan menentukan. di mana kuasa itu?