dulu..sekarang..esok dengan rayyan akram

Showing posts with label malaysiaku. Show all posts
Showing posts with label malaysiaku. Show all posts

Wednesday, January 12, 2011

pekerjaan

aku suka kat sini tapi ada orang kat sini yang agak menjengkelkan..
ayat tak boleh tahan "saya tak boleh buat dah keja tu, tak sempat"..
kau sorang je la yang tak sempat, banyak sangat la keja kau berjalan ke sana ke mari.
tak sampai seminit ada jugak yang bagi ayat tu kat dia "tengoklah kalo saya sempat"
kena balik..dushhh!!~
dan nanti bila dah start 'pakai topeng bos', keadaan mungkin akan lebih menjengkelkan dengan arahan2 dari 'bos' baru ni..
manusia ni ada mcm2 jenis, mcm2 ragam..termasuklah aku seniri, ada ragam aku seniri..
tapi aku harap aku tak menjengkelkan orang2 di sekeliling..

Monday, November 30, 2009

prosperity takda kaki nak jalan sampai sini

aku nak makan ni..tp td call mcd, 'im sorry miss, we're not cover your area'..berkobar2 aku td..utk pengetahuan clown hidung-mulut-merah-sarung-tangan-kuning-kasutterlebihsaiz, tempat aku bdr sri permaisuri ni dekatla sangat dengan jusco maluri, cheras leisure mall, takkan tu pun tak bley nak cover..bukan jauh pn..5 minit tak sampai..sila upgrade gps n coverage anda tu..duit minyak motor tak sampai rm2 nak ke sini..ceittt..

Wednesday, November 25, 2009

2012 at capsquare..

sabtu lepas dapat jugak aku tgk 2012 setelah berhari2 menilik tempat, hari dan masa yg sesuai utk tgk movie tu..akhirnya dapat jugak..huh..lega.
aku p tgk dgn housemate kat capsquare, masjid india. seperti dijangka memang banyak lagi seat kosong masa aku p beli tu. orang ramai beratur beli tiket tapi aku rasa ramai yg tgk crita aladdin la, kurbaan la..crita yg aku taktau pn kewujudan dia, tp tau setelah tgk poster besar2 kat situ..dah nama pn masjid india, mmg majoriti kat situ kaum india la. cerita2 yg aku sebut td tu xtau la hindustan ka tamil ka..lepas ni kalo nak tgk movie yg mmg hot, susah nak dapat seat p la kat capsquare. kompem tak mengecewakan. tak payah nak berasak2 ramai orang, tenang ja..

aku tau psl capsquare ni pun masa keja kat bukit jalil. officemate aku pernah bawa p situ, dia nak tunjuk kat aku tempat dia slalu tgk movie yg tadak org sgt, kawasan tu memang agak terpencil sket dan maybe orang taktau pun ada shopping mall kat situ. ada la 2 3 buah kedai dalam tu..tp skrg dh ada penambahan kedai dah, ada secret recipe, subway..okla tu, aku tgk mcm ada renovation nak tambah papa lg kot.. pic source: farridhusin.com

pasal 2012 tu okla, movie dia 2jam lbey tp tak terasa sgt pun 2 jam tu. best crita ni, action ok, jln crita pun ok. tp mcm tak brapa nak logik sgt. aku rasa dia ada tiru ala-ala kesah nabi nuh buat bahtera dulu tu..satu lg yg aku takleh terima, kapal tu lg 2 minit nak langgar gunung averest, dalam masa 2 minit hero nak p slamatkan kapal tu sempat lg dia peluk cium dgn x-wife dia, sembang2 sket ckp i lap u..mcm xlogik ja 2 minit..huhu..kritikan membina ni..
lepas abes tgk movie tu aku terbayangkan, la ni mst mat saleh tgh dlm proses nak buat kapal besar tu utk thn 2012 nnt..depa gak yg percaya benda2 camni, mst dah kelam kabut la ni..kalo betul kiamat 2012, hg buatla kapal besar, hebat, kuat mana pun..takkan ada satu pun yg selamat..gerun plak bila pk balik..cepat2 bertaubat..

kapal yg kononnya dpt selamatkan manusia2 terpilih yg ada 1000euro dari doomsday

Saturday, October 17, 2009

akhirnya dapat jugak..

ok, aku sedikit gigih buat membership card semata2 nak dapat makan sushi rm2 untuk semua plate. purple, merah, pink, biru, beige semua harga rm2. tapi xpa, dapat balik duit buat card tu dengan voucher yg hanya bley guna tahun dpn..

dan aku jugak telah menagih simpati dari deq n her bf utk makan sama2 dengan aku..tapi malangnya tempat yg kami p kat queenspark tu sangat penuh dan dah nak tutup sbb dh 9.30 malam. sekali lagi aku menagih simpati deq(lebih kepada paksa sebenarnya) utk join aku makan on the last day kat klcc tapi malangnya lagi aku sangat tak puas hati sbb dapat plate pink shj. mmg taktik depa mcm tu, sengaja letak yg murah2 kat belt tu, nnt xla depa rugi sgt..malang lagi kami dapat tempat duduk yg bukan dekat belt tu, terpaksala menunggu, berdiri, melangok tepi belt tunggu sushi2 berjalan..haisshhh..aku tak puas hati..

Tuesday, September 29, 2009

raya kan sebulan..


rasanya masih belum terlambat utk wish :

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin..

hari ni raya ke-9..awal lagi la tu..ada lagi 21 hari raya..
dan aku dah pulang ke tanah air tercintan..indahnya bumi yg dipijak..ewahh..


Thursday, May 21, 2009

apa kaitan dua berita ni?

Hanya 480 bas ekspres selamat..

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan, hanya 480 daripada lebih 52,000 bas ekspres yang beroperasi di negara ini ketika ini memenuhi piawaian keselamatan penumpang seperti ditetapkan kerajaan pada 2007. Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan, berkata kajian Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati, masih banyak syarikat bas ekspres tempatan belum menukar badan bas mengikut piawaian R66 ECE (Suruhanjaya Ekonomi Eropah) yang diwajibkan kerajaan sejak 2007. Katanya, pematuhan piawaian R66 ECE bagi bas baru diwajibkan kerana struktur bumbung yang kuat mampu mengurangkan risiko kematian ketika kemalangan.


Tambang baru teksi, bas bulan depan..

KUALA LUMPUR: Kadar tambang baru bas dan teksi dijangka diumumkan bulan depan, selepas semakannya dibawa ke Kabinet, akhir bulan ini. Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Markiman Kobiran, berkata kadar tambang baru itu membabitkan bas henti-henti, bas ekspres, bas pengantara dan bas sekolah selain teksi dan kereta sewa.“Kita sedang menunggu maklum balas daripada Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebelum semakan tambang dibawa ke perhatian Kabinet akhir bulan ini,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

apa benda ni? aku sebagai pengguna bas ekspres untuk angkut aku balik kampung memang tak puas hati. sah-sah bas tak selamat, nak naik tambang lagi. rasanya baru ja tambang naik, nak naik banyak mana lagi. dah mengalahkan harga tiket flight pulak.sudah-sudahla tu