aku di attached kat company client, CapitaLand dan macam biasala, kebanyakkannya cina tapi ada juga india. melayu susahla kot nak cari. melayu kat sini susah nak beza dengan cina, yg pakai tudung tau la melayu. yg pakai skirt tiba2 masuk masjid pun tau la tu islam, tak semestinya melayu. melayu pun tak semestinya islam kat sini, ada melayu christian, tapi yang boleh tahan sket kat sini, depa cakap english. at least tak la aku ternganga bila depa sembang kan..
dari company aku, 1 team ada dalam 9orang. 1 melayu pompuan (ada geng, nasib baik),3 indian guys, 4 chinese guys, 1 europian. pagi2 kuar umah kul8++, kena jalan dalam 15minit ke station ketapi melalui flat2 dan kondo2. flat kat sini walaupun dah tua tapi tetap bersih dan terjaga. umah aku tu pun every week ada auntie mai cuci. tak tau la apa yg dia cuci.
walaupun ketapi sini pack jugak macam kat sana, tapi luas sket dan sentiasa ada, 3 minit skali.walaupun ramai tapi boleh bernafas degan senang la. takla macam sardin.9 station ke office di station Bugis amek masa dalam 20minit. sampai station kena jalan lebih kurang 15 minit lagi.so, purata perjalanan harian pergi balik tempat kerja adalah 2 jam termasuk jalan.setakat ni keja aku takla banyak sangat tak macam org lain yg aku tgk sgt hectic.weekend pn p office.
weekend aritu, sabtu aku join dragon boat anjuran church colleague aku. pagi kul10 dah turun sungai Kallang, dari sungai tu nampak the flyers, singapore punya eye on singapore.experience baru utk aku, dulu main kayak ja. kat sini berpeluang dragon boat plak. satu boat ada 14 orang yg memerlukan coordination dalam mengayuh. siap ada training before turun sungai. tengah2 panas terik berkayuh. lepas tu ada race yg kami kalah. ya la, ladies lagi banyak dalam boat tu tak mcm boat lain. best pengalaman ni, berpeluang jumpa office mate lain yang kat sini. kalo aku tak join memang tak kenal la.
belon besar yg akan digunakan utk national day weekend ni..hujung tu sungai Kallang tempat berdragon boattak amek gambar sangat, takkan nak bawak kamera masuk sungai. kamera tak cukup hebat. balik tu lunch ramai2. sini agak susah nk cari makanan halal kecuali kat tempat melayu ramai. terpaksala makan kedai cokia-cokia mana yang ada. makan ja apa yg ada janji halal..
office..
3 comments:
ala 2 bulan ja ka...tk sempat la nk pi kacau hang hehe anyway enjoy la k!
hg kan dah balik msia..dan aih..aku ada lg sbulan kat sini
Post a Comment