

simple person with simple story of me, my family, my friends and all people around me..
suasana di arab street..mcm nak amek gambar mamat baju pink tu plak..bukan ya
lepas makan semayang kat masjid sultan, antara masjid utama kat sini. masjid tak banyak pun kat sini, kwsn umah aku duk tu langsung tadak masjid. masjid sultan ni sultan johor dulu2, sultan husin yg bangunkan. kat sini susah sgt nak dengar azan, tak mcm tmpt kita, bersahut2 azan. jalan 2, 3 tapak jumpa masjid, surau. sini tadak surau, masjid pun jauh2, susah nak jumpa.
masjid sultan..
walaupun ketapi sini pack jugak macam kat sana, tapi luas sket dan sentiasa ada, 3 minit skali.walaupun ramai tapi boleh bernafas degan senang la. takla macam sardin.9 station ke office di station Bugis amek masa dalam 20minit. sampai station kena jalan lebih kurang 15 minit lagi.so, purata perjalanan harian pergi balik tempat kerja adalah 2 jam termasuk jalan.setakat ni keja aku takla banyak sangat tak macam org lain yg aku tgk sgt hectic.weekend pn p office.
weekend aritu, sabtu aku join dragon boat anjuran church colleague aku. pagi kul10 dah turun sungai Kallang, dari sungai tu nampak the flyers, singapore punya eye on singapore.experience baru utk aku, dulu main kayak ja. kat sini berpeluang dragon boat plak. satu boat ada 14 orang yg memerlukan coordination dalam mengayuh. siap ada training before turun sungai. tengah2 panas terik berkayuh. lepas tu ada race yg kami kalah. ya la, ladies lagi banyak dalam boat tu tak mcm boat lain. best pengalaman ni, berpeluang jumpa office mate lain yang kat sini. kalo aku tak join memang tak kenal la.
tak amek gambar sangat, takkan nak bawak kamera masuk sungai. kamera tak cukup hebat. balik tu lunch ramai2. sini agak susah nk cari makanan halal kecuali kat tempat melayu ramai. terpaksala makan kedai cokia-cokia mana yang ada. makan ja apa yg ada janji halal..
office..