Hanya 480 bas ekspres selamat..
PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan, hanya 480 daripada lebih 52,000 bas ekspres yang beroperasi di negara ini ketika ini memenuhi piawaian keselamatan penumpang seperti ditetapkan kerajaan pada 2007. Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan, berkata kajian Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati, masih banyak syarikat bas ekspres tempatan belum menukar badan bas mengikut piawaian R66 ECE (Suruhanjaya Ekonomi Eropah) yang diwajibkan kerajaan sejak 2007. Katanya, pematuhan piawaian R66 ECE bagi bas baru diwajibkan kerana struktur bumbung yang kuat mampu mengurangkan risiko kematian ketika kemalangan.
Tambang baru teksi, bas bulan depan..
KUALA LUMPUR: Kadar tambang baru bas dan teksi dijangka diumumkan bulan depan, selepas semakannya dibawa ke Kabinet, akhir bulan ini. Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Markiman Kobiran, berkata kadar tambang baru itu membabitkan bas henti-henti, bas ekspres, bas pengantara dan bas sekolah selain teksi dan kereta sewa.“Kita sedang menunggu maklum balas daripada Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebelum semakan tambang dibawa ke perhatian Kabinet akhir bulan ini,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.
apa benda ni? aku sebagai pengguna bas ekspres untuk angkut aku balik kampung memang tak puas hati. sah-sah bas tak selamat, nak naik tambang lagi. rasanya baru ja tambang naik, nak naik banyak mana lagi. dah mengalahkan harga tiket flight pulak.sudah-sudahla tu
8 comments:
huih. tak lama lagi aku bakal join org2 yg akan balik kg naik bas plak. mahal gila duduk malaysia ni!
nak balik kg tggu air asia promotion.lg bagus drpd bus.
erm..
bas naik tambangnya..
orang pon naik angin..
tapi syarikat kapal terbang naik dia punya jualan tiket kerana pemintaan ramai..
jadi naik lah kenderaan sendiri balik kekampong puas ati..
tak berebut2..
tapi kena rancang perjalan terlebih dahulu..
ingatlah orang yang tersayang..
hehehehe..
panjang la plak..
tapi mas pun selalu ada offer shad...kena rajin check.
amet-hai..naik kenderaan sniri kalo sorg2 xbes gak. kna ada geng baru bes.tp masalahnya xdak kenderaan sniri la ni.huhu
ijah-la ni tgh offer tp bila aku nak book ja dia suruh pilih tarikh lain..saja ja tu
wei, aku privatekan blog aku.so bg aku emel yg hg guna utk blog hg.nnt aku invite.sori susahkan hg
fit-camna nk bg email aku? kat sini ka?fawchert@gmail.com..patotla aku xbley masuk ja
k..aku dah invite.pasni leh masukla..sowiiii...
Post a Comment