simple person with simple story of me, my family, my friends and all people around me..
Tuesday, October 6, 2009
Konvokesyen UTeM ke-5..akhirnya
2 hari lepas aku konvo..1st day rasa excited gak, 2nd day tu mcm dah kurang excited, cuma rasa happy nak jumpa kawan2, nak bergambar..tapi tak banyak pun gambar sebab tak bawa kamera. hp pun tak bawa, jadi skema la plak. harapkan kamera tunang aku ja, dia bukannya berkepit dgn aku sangat pun. dalam dewan, masa beratur dia takda. tak macam diploma dulu, aku bawa kamera sampai dalam dewan. gambar memang banyak la, posing tak hengat.
konvo kat dewan besar UTeM yang baru, batch kitorang merasmikan dewan tu. walaupun kawasan tu tandus lagi tapi dah nampak rupa universiti. untung konvo 2 kali ni, dulu dewan sewa ja, skrg dewan sendiri. lepas ni dah takda urusan dah kat melaka, sekadar untuk jalan2 je la kalo p melaka pun. sedih plak, takda dah nak nyanyi lagu melaka maju jaya dengan lagu UTeM yang meremang bulu roma tu. kali ni pun special sbb ada tun dr mahathir, penerima ijazah kehormat. bangga lagi skali dapat konvo dgn che det. dpt tgk live, dah banyak kali tgk live, ingat lagi 1st tgk live masa perasmian lab comp citibank kat sek men.
tapi ada jugak tak puas hati, kalo dulu UTeM sediakan makan sket2 utk family, kali ni takda plak. berlapar la semua orang. masuk dewan awal pagi, kesitu kemari tak sempat nak makan. agaknya budget utk tu dah ditaburkan ke tempat lain. tahun ni dapat goody bags yg ada pendrive. aku dapat 2 pendrive kiut miut 2g. kali ni bley bawa 6 orang masuk dewan masa sesi 1st, 3 orang utk sesi 3rd. menunjukkan dewan ni memangla tersangat besar. tapi design lebih kurang macam seri negeri jugak.
maka dengan ini, habisla urusan aku dengan UTeM. melainkan kalau sambung master situ, ada la lagi muka aku kat UTeM. tapi belom nampak cahaya tu lagi buat masa skrg..
p/s: aku jumpa orang biadap ahad aritu. seumur hidup aku ni baru aku jmpa orang macam tu, ada jugak manusia mcm tu berdekatan aku. kalo aku di tempat dia, aku takkan jadi mcm tu sbb mak bapak aku dah ajar cara nak hormat orang macam mana. tak sangka plak sampai macam tu sekali perangai manusia ni. semoga dia sedar diri tak terus hidung tinggi...
p/s/s: thanks kawan2 yang wish, ika yg bagi katak, ate yg bagi pooh, tunangku yang bagi 2 bunga, familyku yang bagi bunga jugak dan sama2 memeriahkan hari bersejarah aku..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Very unique blog.
Fantastic pictures. Wow...
I like your blog.
Please visit:
http://funfree-bali.blogspot.com
Keep blogging.
Have a great time.
tahniah ya.dah graduate dah!hehe
congrats wey!!bila nk keja tetap?
akma : thanks..ko pun dah jugak. tp ko ada 1 lg graduation
dart: thanks..aku dah keja tetap dah ni tp mcm nak cari len plak nnt2..hehe
Post a Comment