dulu..sekarang..esok dengan rayyan akram

Wednesday, April 18, 2012

rezeki aku di mana

kebanyakan kawan umur macam ni dh stabil dan selesa dgn life masing-masing..
aku masih lagi terawang-awang, tercari-cari punca rezeki..
siapa yang aku nak salahkan?
universiti? JPA? SPA? nasib? takdir? atau diri sendiri?
kalau hidup boleh patah balik, banyak 'kalau' yang aku nak buat semula..
kalau aku tak melawan masa interview..
kalau aku tak terima offer JPA..
kalau aku tak lapor diri dgn JPA lepas habis belajar..
kalau aku tak apply scholar..
kalau aku tak belajar kat universiti tu..
kalau aku dapat result bagus masa SPM..
kalau aku ni anak 'somebody'..
banyak lagi 'kalau..kalau..'
yang pasti ini qadha dan qadar yang dah ditentukan oleh Allah..
aku harus percaya dan yakin akan rezeki yang Allah dah aturkan dalam hidup aku..
lambat dan cepat aku kena akur..
aku masih belajar untuk menerima takdir..
di samping tawakkal dan tak henti-henti usaha walaupun usaha itu mungkin adalah sia-sia..
semoga orang di atas sana terbuka hati dan ada rezeki aku di sini..

3 comments:

Pep@ri said...

bukan dh kje best dh ke?bkn calang2 org dpt jawatan dlm kerajaan..

chocolate bowl said...

indah khabar dari rupa..x se best yg dilihat..ada kisahnya ep..

lin said...

Nak tumpang tanya. Kalau scholarship jpa konfem keje under jpa la ye ?