1st solid food rayyan adalah ubi keledek sbb genap ja umur rayyan 6 bulan kami berada di Cameron Highland..
ubi keledek rebus mmg banyak masa tu (make sure yg tak direbus dengan garam)..lenyek2 tambah susu ibu setitik dua dan suap rayyan..cubaan pertama berjaya..rayyan makan bersuap-suap..
keesokkannya, sumbat strawberry pulak..dah balik rumah baru la buat puree kentang, puree apple, puree pear, puree labu (tapi pengasuh rayyan tak bagi makan labu kosong, angin katanya)..
aku ni bukanlah seorang ibu yang rajin..bila rayyan dah besar setahun lebih, kadang-kadang ada bekalkan makanan ke rumah pengasuh, kadang-kadang tak bekalkan pun..kalo tak bekalkan tu perlula redha dengan apa-apa jenis makanan yang pengasuh dia sumbat (yang mengandungi garam dan gula)..garam, gula dan perasa makanan tak bagus untuk baby..seboleh-bolehnya aku takkan bagi rayyan sehingga umur dia 2 tahun..
kalau kat rumah pengasuh atau orang tua suapkan tak dapat dielaklah..tapi selagi boleh aku sendiri takkan suap rayyan makanan bergula atau bergaram..biarla apa orang nak cakap..kadang-kadang sir akan marah aku kalau rayyan tak makan, katanya rayyan tak suka tawar-tawar..aku takkan putus asa, cuba pelbagaikan jenis masakan supaya rayyan nak makan..hasilnya rayyan sihat dan segar bugar walaupun badan tak berketak-ketak bila dah besar ni...
No comments:
Post a Comment