dulu..sekarang..esok dengan rayyan akram

Wednesday, June 10, 2009

nam haribulan nam!! -part 1

babai..


orang cakap sesuatu majlis tu mesti ada yang tak kena, mesti ada yang tak menjadi, tak puas hati, serba sedikit yang tak mengikut perancangan. kat sini aku nak senaraikan apa yang aku tak puas hati sepanjang majlis nam haribulan nam haritu.
  • paling paling tak puas hati sekali sebab aku lambat. orang dah habis bincang dah aku still kat kedai lagi, so semua orang terpaksa menunggu aku untuk acara kemuncak. tak sempat aku nak dengar perbincangan yang hot itu. salah aku jugak sebab before pi kedai tu, masa tu jugakla aku nak pi beli bunga, masa tu jugakla aku nak pi beli kek. memangla lambat. mesti nak kena pi pilih and beli sendiri supaya puas hati. masuk rumah kelam kabut, lari-lari pi duduk buat muka tersipu-sipu sampai makcik aku tegur suruh duduk elok-elok sikit. tak sempat nak tadah tangan baca doa.

  • tak puas hati yang seterusnya sebab tak dapat buat goody bags. sebelum tu beria-ia aku rancang nak beli lunch paper bag yang warna koko tu, nak letak riben yang lebih-lebih tu, pastu kat dalam nak letak puding, buah, kuih-muih nak bagi kat tetamu-tetamu yang hadir. tapi tak jadi pun, puding pun aku tak sempat buat.

  • tak puas hati lagi sebab bunga aku tak kembang, kuncup saja. tak cantik. bila malam sikit terus semuanya tunduk. ni sebab aku beli-beli pastu terus cucuk kat span.kalau aku beli sehari awal, pastu simpan dalam timba ada air mesti kembang semangkuk. tapi hasil tangan along boleh tahan jugakla bunga-bunga tu digubah (along cakap main cucuk-cucuk ja).

  • aku tak sempat nak ambil gambar bekas satu-satu pun. harap-harap ada la orang yang snap gambar tu, bolehla aku berbangga dengan hasil tangan sendiri.

  • tak puas hati jugak bila takdak gambar sekeluarga, yang ada pun dengan kelima-lima adik beradik. tapi ni boleh qadha nanti-nanti, masih ada harapan lain kali.

setakat ni tu saja la tak puas hati yang aku ingat. rasa macam banyak lagi. kalau ingat lagi nanti tambah.
gambar belum ada, tengah tunggu.

thanks untuk mak abah, adik beradik, family semua yang banyak membantu, jiran-jiran sekampung yang tolong rewang, m.lang p.lang yg sudi sediakan bilik untuk bersanggah, kawan-kawan yang sudi datang dan tolong-tolong apa yang patut, kawan-kawan yang menge'wish', arto group yang sudi menunggu berjam-jam dalam panas. jasa kalian semua tetap dikenang..thanks..

with that, i'm officially booked..!!

skemanya nama..sebenarnya nak tulis nama penuh tapi tak sempat nak pk, dah kelam kabut..

6 comments:

MadaM said...

tahniah...aku nak tgk gambaq!!!

Unknown said...

tahniah!!!!

eda said...

weh...actually org ada snap gmbar each of hantaran tu...tp arto group msti ada amik...lg hapening yg depa pny..wait n see je la.

chocolate bowl said...

fit, akma - thanks..

mamak - ya ka..mana tau depa amek satu2? save ja dlm pc kat umah tu

Hafizah said...

shad upload la gambar lagi...nak tengok.

chocolate bowl said...

ijah - gambaq aku tgh tggu orang bagi ni, minggu depan kot aku upload kalo depa bagi gambar. dalam frenster ada gak sket