aset berharga??
aset baik punya??
aset dicemburui??
aset dicumbui??
apa makna aset bagi seorg pompuan? bagi pandangan laki-laki, semua sudah sedia maklum, aset pompuan adalah yang di atas dan di bawah.bagi pandangan pompuan?
bagi pandangan pompuan normal yang mempunyai akal fikiran yang waras, yang tidak bernafsu jahat, tidak berperangai pelik dgn menganggap dia adalah benar tiada-yang-benar-melainkan-diri-dia-sahaja, aset utama adalah sikap..
kalaupon kau rasa aset-zahir-yang-tidak-kekal kau itu adalah utama, penting untuk pandangan dan tatapan ramai, kau memang agak tidak normal.
sikap yang baik, berbudi bahasa (tidaklah sampai cakap dgn orang kena tunduk ke lantai memanjang), disenangi ramai orang, mulut tidak sesuka hati mengata sana-sini dengan ada tahap-tahapnya.sikap ini boleh kekal asalkan pandai dikawal.sekiranya aset-zahir-yang-tidak-kekal meninggi bak gunung atau melantun bak belon pun, tp kalau kau bersikap buruk tak ada gunanya.
biarlah setara dan sekata setiap aset kita wahai pompuan.cermin diri secara dalaman sebelum berbangga dgn aset-zahir-yang-tidak-kekal itu..
No comments:
Post a Comment