dulu..sekarang..esok dengan rayyan akram

Tuesday, September 29, 2009

raya kan sebulan..


rasanya masih belum terlambat utk wish :

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin..

hari ni raya ke-9..awal lagi la tu..ada lagi 21 hari raya..
dan aku dah pulang ke tanah air tercintan..indahnya bumi yg dipijak..ewahh..


Thursday, September 17, 2009

sahaja aku puasa di bulan ramadhan - 4 - shopping raya

malam ni last:
-bukak posa sorang2 kat pantry
-maghrib kat meeting room dgn hanya bertelekung n stokin
-tido kat katil queen empuk ada aircond kat bilik ada bilik mandi air panas
-bangun sahur sorang2 terkial-kial panaskan makanan

semua malay colleague dah balik kampung(3 org ja pun)..sorang tadak pun dah terasa sangat kekurangan. so, sekarang aku satu2 nya malay kat sini..bosan dah..

shopping raya tadak makna apa-apa bagi aku kat sini. masa membe malay aku tak balik lagi, kami singgah bazar kat geylang. memangla besar tapi satu benda pun tak dapat menarik perhatian aku. baju, tudung, kasut, bunga2, langsir, kueh raya, makanan semuala. benda2 tu semua aku boleh dapat kat alor star dengan harga lagi murah. maybe kalo jalan sampai abes bazar jumpala kot benda yg berkenan. besar sangat tak larat nak pusing. sudahnya kami balik dengan lauk utk sahur ja.

dua tiga hari lepas berjalan ke kampung glam plak..dekat dengan masjid sultan, ada kedai2 jual baju, barang2 antik. ala2 mcm kat melaka yg bangunan dekat jonker walk. kat sini aku tertarik dengan tudung sutera sulam tangan. lembut dan cantik, aku beli shawl dua dapat 40. jadila buat pakai raya. tudung raya dah ada, baju belum tentu ada. apa lagi, macam selalu la recycle. gambar tudung tak sempat amek. nanti lepas raya bley la bergaya amek gambar tudung.

untuk bw balik umah, aku beli cadar 2. murah2 ja time sale. cukupla bagi cadar ja. nanti balik sana beli lagi yang bes2 sket. bagi aku, tadak benda menarik sangat pun kat sini kalo untuk shopping raya. chinnese new year, christmas mungkin meriah..

p/s: tak sabar nak tunggu esok, flight 4.45ptg direct ke penang. direct ke alor star belom ada. kenala paksa kak aku amek kat penang, upah belanja bukak posa..aku pun paksa adik balik dari perak ke penang, bley shopping sket..kompem kena pau

Friday, September 11, 2009

budget bertunang - hantaran

entry ni takda kena mngena dengan puasa pun. tiba2 aku rasa nak cerita pasal budget bertunang. dah lama dah pun lepas tapi teringat nak cerita. boleh jadi panduan kawan2 yang ada merancang nak bertunang. Lepas raya ni mesti ramai yg cadang2 nak bertunang, ura2 pun macam dah ada. hehe

kalau search kat internet susah sket nak cari cerita pasal bertunang, kat majalah pun. selalunya orang cerita pasal kahwin. sebab mungkin bertunang ni tak seremeh kahwin, tak sesibuk kahwin, tak berhabis-habisan sangat. jadi orang tak amek port sangat. before aku nak bertunang, susah jugakla nak cari resource, nak kira budget. melainkan tanya-tanya orang saja.

majlis aku simple saja, takda la meriah berpelamin semua. sekarang ni kan dah jadi trend ada mini pelamin, ada kanopi luar umah grand bagai nak gah. memeriahkan suasana tapi budget pun kena lebihla. ada yang tak kesah sangat dengan persiapan bertunang ni, tapi ada jugak yang pentingkan semua ni.
ya la, semuanya nak kena libatkan duit. tambah-tambah plak kalo yang takda bantuan PAMA, semuanya hasil titik peluh sendiri. macam aku, budget boleh dikatakan 90% adalah dari aku seniri. jadi, untuk orang macam aku, seeloknya sediakan buku kira2.
aku buat buku kira2 guna excel. senang, tak hilang. setiap apa yang aku habiskan, aku rekod. nanti baru aku tau duit aku habis ke mana.

mari aku start dengan hantaran..
hantaran ni boleh prepare awal2, beli barang siap2 buat sket2 kalo utk yg DIY la. untuk hantaran aku spent lebih kurang, + - 250 tak termasuk barang2..
sebenarnya kalo nak senang, kuarkan duit upah kedai atau upah orang ja. tak payah pening2 nak pk benda apa nak beli, apa yang tak cukup, riben warna apa yang sesuai.
tapi aku lebih suka buat sendiri, ada sentimental value. faham2 ja la pompuan ni kan. kalo laki nak senang ja. hulur duit, semua siap.

macam tunang aku, dia spent lebih kurang 300 untuk hantaran, tak termasuk barang la. siap dulang dengan hiasan. aku pulak, 250 tu untuk hiasan saja. dulang memang dah ada kat rumah. recycle ja, yg penting siap dan kita puas hati. so, tepuk dada tanya wallet atau atau tanya akaun bank.

cantik..kemas..simple..

aku berkenan dengan hantaran fresh flower yg tengah meletop skrg ni, tapi keadaan tak mengizinkan untuk aku buat hantaran camtu. fresh flower ni budget kena lebih sket. bunga ros local paling kurang 1.20 sekuntum. kalo import mahal lagi la. nak yang cantik n kembang semangkuk, duit pun mau lebih la. 1 dulang aku tengok orang letak dalam 6 kuntum * 1.20 = 7.20 * 7 (anggaran jumlah dulang) = 50.40. belum campur dengan bunga atau daun tambahan lagi. tapi kalo ada sedara bukak kedai bunga, bleyla kautim, jimat sket dah. tapi kalo bunga lain murah sket, macam bunga kekwa. tgk harga pasaran dan harga kedai. nak murah lagi naik cameron highland petik sniri. lagi murah.
satu lagi fresh flower ni kalo nak buat sendiri kena buat last minit. tak boleh buat awal2, layu nanti. kalo acaranya tengahari selamatla. pagi2 buta bangun kena start gubah dah. tu pun tak menang tangan nak buat sorang2. kalo acara pagi tak ke parah, tengah malam nak kena start gubah.

so, tak tercapai hajat aku utk guna fresh flower memandangkan aku takdak masa. sbg ganti, gunala bunga palsu. susah jugak nak cari bunga seakan2 bunga betul yang tak mahal sangat. aku tau kat SSF ada jual, aku tak survey pun sbb dengar2 mahal. aku beli kat kedai kat semua house ja. habis bunga kedai dia aku borong. tu pun kedekut jugak tak boleh kasi murah sket. aku ni dah la tak pandai nak kautim sgt, kuarla jugak duit.

bakul plak aku beli kat nilai, kebetulan jalan2 ke nilai ada promotion. harga dalam 8 - 13 je. aku pilih yang simple2. nasib baikla bakal mak mentua aku tu baik, dulang dari aku dia suruh bagi 7 je, pihak laki pun bagi 7. kalo 9 lain la plak budgetnya. kalo ikut2 kan adat memangla kena lebih dan ganjil, 9, 11, 13. tapi tu yang pihak laki mintak. takmau lebih2 susah nak bawa balik jauh2. untung aku jugak. tak payah pening2 pk nak bg apa. kalo orang kedah senang ja, bagi ja makanan. segala jenis makanan, manisan, coklat..memang tersangat budget dan senang.
tapi aku terpaksa ikut adat sana sebab kalo nak bagi makanan pun susah jugak depa nak bawa balik pn..

abes cerita hantaran..yg nak bertunang tu pandai2 la budget utk kesenangan di masa depan..

p/s: kalo yg nak DIY tu bolehla search internet utk contoh2 hantaran. dah dapat banyak2 gubahla plak ikut citarasa tersendiri..

Tuesday, September 8, 2009

sahaja aku puasa di bulan ramadhan - 3


sejak 2,3 menjak ni aku berbuka mkn kueh 2 ketul dgn beskut free cicah air milo panas free. harini macam tak tahan sbb banyak fikir kna makan jugak untuk terus berfikir. perut pun dh menggelegak mintak isi.
so, aku order mcd online. system online ordering sgt efficient, as usual masukkan info, address. address bley pilih kat system, dari unit no, block, jalan, segala benda, tinggal click ja. payment bley credit card, cash. mayonis, sos pun bley mintak lbey. harga pun xla mahal sangat, 2 burger 1 fries baru $9. lepas abes smua 5 step ada security code validation hantar kat hp dan ada plak email confirmation. tak sampai 15 minit dah dapat makan bergantung pada jarak mcd dgn office atau umah. aku kat office, so cptla. mcd dekat ja. mari makan!!!

konsep sekarang: apa dan dimana tak penting, yang penting berbuka..

Tuesday, September 1, 2009

sahaja aku puasa di bulan ramadhan - 2

minggu lepas aku balik ke johor. kali ni balik berpuasa n berbuka 2 hari kat umah tunang aku. dapat jugak merasa berbuka n bersahur ramai2, berpuasa kat sana walaupun bukan kampung sniri. menumpang la kampung orang. mak aku dah bising2 asyik ke sana ja, padahal baru 2 kali.

balik sini kali ni pengalaman yg hebat. selalunya aku balik naik bas dari batu pahat kul5.30 petang. tapi aritu nak try naik bus malam kul8.30, lagipun bley berbuka 1 hari lg kat sana. perjalanan lancar sampai la atas jambatan dari checkpoint jb ke woodlands, ada accident. aku dengar2 kereta terbalik. siap ada bomba, polis, ambulance, rela semua cukup. jam bley tahan jugakla.

aku sampai mrt kranji dah dekat2 kul11. naik train sampai tao payoh train stop, pompuan train tu cakap dah terminate and stop kat situ ja. dah tadak train ke city. aku dah gelabah tp muka cover mcm tadak papa. aku kuar dari stesen, ingat nak naik teksi ja. dlm kepala dah berkira2 berapa tambang teksi kena nanti, duit ada 30 ja, tak bawa duit lbey plak. jalan depan sket aku nampak bus banyak2. rupanya situ hub bus, bermakna masih ada choice lain selain naik teksi. lega.. aku amek je bus yang nak ke arah east west. aku nampak direction kat bus tu tulis paya lebar, aljunied, geylang terus aku naik.

sepanjang jalan aku tak tau pun kat mana tu. memang gamble ja la. aku memang tak pernah naik transport yg jln atas jalan raya ni, memang tak tau pun bus tu bawak aku ke mana. dalam hati berdoa ja dapat sampai. jam dah kul12 lbey. aku ingat nak amek teksi ja sbb bus tu memang takkan lalu kwsn umah aku. aku nampak sekolah, pastu kat bus stop aku nmpak ada pompuan. mcm selamat ja, aku pun turun. aku call teksi cakap aku kat depan sekolah tu.

sekali aku dengar suara orang nyanyi lagu hindustan, suara laki. aku risau dah, takut bangla ka nepal ka. ada la 2, 3 orang. mata aku asek ke jalan ja harap2 ada teksi, aku nak naik terus. sekali pandang belakang tengok2 pompuan. tadi rasa mcm suara laki yg nyanyi. bila dia bukak mulut nak cakap ja aku dah tau tu maknyah rupanya, cun nak mampus. memang tadak rupa maknyah. body mmg hot la. rupanya maknyah thailand. maknyah sana memang hebat2.
tahan teksi pun ada gaya. aku pun dah malas nak tunggu teksi yang aku call, last2 aku tahan teksi gaya maknyah. dapat teksi sampai umah kul1 terus terbongkang tdo. gagah berani aku kali ni. kalo kat sana jgn harap aku nak gagah berani camni.