malam ni last:
-bukak posa sorang2 kat pantry
-maghrib kat meeting room dgn hanya bertelekung n stokin
-tido kat katil queen empuk ada aircond kat bilik ada bilik mandi air panas
-bangun sahur sorang2 terkial-kial panaskan makanan
semua malay colleague dah balik kampung(3 org ja pun)..sorang tadak pun dah terasa sangat kekurangan. so, sekarang aku satu2 nya malay kat sini..bosan dah..
shopping raya tadak makna apa-apa bagi aku kat sini. masa membe malay aku tak balik lagi, kami singgah bazar kat geylang. memangla besar tapi satu benda pun tak dapat menarik perhatian aku. baju, tudung, kasut, bunga2, langsir, kueh raya, makanan semuala. benda2 tu semua aku boleh dapat kat alor star dengan harga lagi murah. maybe kalo jalan sampai abes bazar jumpala kot benda yg berkenan. besar sangat tak larat nak pusing. sudahnya kami balik dengan lauk utk sahur ja.
dua tiga hari lepas berjalan ke kampung glam plak..dekat dengan masjid sultan, ada kedai2 jual baju, barang2 antik. ala2 mcm kat melaka yg bangunan dekat jonker walk. kat sini aku tertarik dengan tudung sutera sulam tangan. lembut dan cantik, aku beli shawl dua dapat 40. jadila buat pakai raya. tudung raya dah ada, baju belum tentu ada. apa lagi, macam selalu la recycle. gambar tudung tak sempat amek. nanti lepas raya bley la bergaya amek gambar tudung.
untuk bw balik umah, aku beli cadar 2. murah2 ja time sale. cukupla bagi cadar ja. nanti balik sana beli lagi yang bes2 sket. bagi aku, tadak benda menarik sangat pun kat sini kalo untuk shopping raya. chinnese new year, christmas mungkin meriah..
p/s: tak sabar nak tunggu esok, flight 4.45ptg direct ke penang. direct ke alor star belom ada. kenala paksa kak aku amek kat penang, upah belanja bukak posa..aku pun paksa adik balik dari perak ke penang, bley shopping sket..kompem kena pau
2 comments:
aku pun naik pi penang sbb alor star fully booked dh masa aku dpt offer kerja hari tu. tapi flight aku lmbt dr hang la kul 7 dr kl. huhu
selamat menyambut raya weh!!
Post a Comment