happy teacher's day (16 may 2009)
entry kali ni aku nak senaraikan cekgu-cekgu yang aku masih ingat sampai sekarang ni sempena hari guru..
sek. rendah:
cekgu cik puan- nama dia memang macam ni tapi dia memang dah puan. ni rasanya cekgu yang paling aku sayang, dia ajar aku masa sek. rendah. banyak tahun dia ajar aku dari ajar abc sampai ajar baca buku cerita, tulis cerita semua la. selalunya dia akan panggil aku baca buku cerita depan kelas. dia memang tere cubit pulas orang tapi aku tak pernah kena ya. bila cikgu lukisan suruh lukis gambar cekgu, aku lukis gambar cekgu ni pastu bila aku tunjuk kat dia, dia tanya sebab apa badan dia senget. tu paling aku tak boleh lupa. sayangnya aku dah tak jumpa dia lagi. lepas sekolah terus tak jumpa. zaman dulu mana ada telefon lagi, paling kuat pun tulis no. telefon kat buku 555 tapi dah lama sangat tak tau kat mana dah.
cekgu zaki - ni cekgu praktikal sek. rendah dari kelantan. apa-apa mesti dia panggil aku, ambil buku, bawa buku (bukan buli kot). selalu sembang-sembang dengan cikgu zaki. tapi dia tak lama, berapa bulan saja tapi best la cekgu ni. pun tak jumpa dan lost contact jugak.
teacher gan - ajar muzik, cun. kenal lagu-lagu moden dan tradisional melalui teacher ni la. minat aku kat muzik pun sebab teacher ni juga.
sek men:
teacher rahmah - ni lagi tak boleh lupa. kelas selalu kat lab komputer. pernah kena halau sebab masuk kelas lambat. tak bawa kamus kena denda, cakap melayu dalam kelas dia kena denda jugak 5kupang. selalu lah main gunting dan tampal atau pun gunting kupon hari kantin/koko.
cekgu rosli - ajar sejarah sek men. mmg berkesan dia ajar, siap bagi tips spm dan memang betul la tips tu. ngajar dalam kelas mesti nak main tanya-tanya. kalau tak dengar betul-betul memang habisla. suka panggil budak-budak guna nama ayah, cth: farhana abd. karim dia panggil karim ja. dia pernah cakap kalau dia nak bertanding pilihanraya dia nak buat parti politik nama payung. dah ada pun parti tu masa pilihanraya kecik bukit selambau yang pelik haritu.
cekgu harun - cekgu agak hensem kegilaan budak-budak. cool ja cekgu ni. nak tidur pun boleh dalam kelas dia sebab dia tak tegur pun. kesian pulak tengok dia ngajar orang tidur.
teacher lukisan (tak ingat nama) lee pek moi- selalu aku ngelat nak masuk kelas dia. aku memang malas bab-bab lukisan ni. pernah dapat markah paling sikit dalam kelas sebab dia tak jumpa lukisan anyaman aku, aku bermati-matian cakap aku dah hantar, dia suruh cari dalam simpanan dia sampai jumpa tapi sebenarnya tak hantar pun. dia pandai bab-bab art ni, walaupun dah berumur tapi tere lg.
cekgu fauziah - ajar add math, suka melaram. baju dia semua cun-cun, camna ntah boleh jadi cekgu band. cekgu band kan kena busuk-busuk masuk padang semua. aku susah nak faham sket dia ajar sebab aku tak secerdas orang lain, orang lain rilex je add math dalam genggaman. so, latihan yang dia bagi memang liat aku nak buat. tiru orang bolehla, nasib baik add math tak failed (update: ijah tegur)
kolej universiti/ universiti:
en. faizal - seronok dia ngajar, suka selit cerita dan contoh-contoh sambil ngajar tapi aku tak lepas-lepas jugak subject network ni. subject ni memang tak ngam dengan aku.
pm haziah - pn smiley, suka senyum ja. marah pun senyum jugak. rilex dan cool ja dalam kelas. murah dengan senyuman dan markah.
sir wan - tak ngajar aku kat sekolah pun tapi ajar aku tentang hal-hal lain, boleh panggil cekgu juga ni. kuat beletiaq, so aku mesti sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan supaya tak kena beletiaq selalu
p/s: banyak lagi cekgu-cekgu yang aku tak sebut tapi ni antara yang paling aku ingat. yang lain aku ingat jugak. mana boleh lupa cekgu, sampai mati pun dikenang jasa cekgu. tanpa cekgu tak mungkin sampai tahap ni. selamat hari guru sedunia untuk semua cekgu-cekgu
8 comments:
camna hang boleh lupa cikgu fauziah cikgu kesayangan ni?
nanti lepas xm aku pun nak buat lah entry tribute utk cikgu2. hehehe
aku dah tambah dah. susahla nak cakap pasal cekgu fauziah, lama aku pikiaq
cikgu lukisan..teacher lee pek moi ka? atau cikgu matun? hehe
ya Allah dah lama cari nama cikgu lukisan. thanks dian for reminding! i was under teacher lee pek moi. rindunya sekolah.
sama la..aku pun lupa. teacher lee pek moi..thanks dian
slogan teacher lee pek moi : faham saye?? (sambil menjegil2kan matanya yg sepet itu..) wawawawa... aku pun rindu kat sekolah..waaa
wah..bagusnya ingatan anda
Post a Comment