dulu..sekarang..esok dengan rayyan akram

Monday, May 11, 2009

apa pengorbanan kita


setakat mana pengorbanan kau kalau nak dibandingkan dengan setiap pengorbanan mak?
tak akan dapat tandingi apa yang mak dah buat.
hati ibu mudah terguris dan mudah tersentuh.tambahan bila umur makin meningkat.
apa yang aku cakap, apa yang aku buat, aku akan pastikan tak menyentuh hati mak.
tapi aku bukanlah manusia yang sempurna, seboleh-bolehnya aku akan kurangkan buat apa yang mak tak suka,kurangkan cakap kasar dengan mak.
kalau boleh, kalau aku ni jenis yang suka berlaser-laser, nak je aku tegur.
tapi aku rasa aku tak mampu, aku tak nak keruhkan keadaan.
biar sedar datang sendiri, biar perubahan datang sendiri.
tapi sampai bila mak nak pendam rasa.sampai bila semua orang nak diamkan diri, nak biar rasa takut sampai akan hilang hormat pada mak bapak.
mak cakap mak tak nak anak jadi derhaka, mak cakap mak tak nak anak jauh dari syurga.
tapi semua orang belum ada kekuatan, mungkin suatu hari nanti.

walaupun mak tak mengaji pandai-pandai, sekolah tinggi macam mak orang lain,
walaupun mak selalu tertidur bila baca paper, buku atau novel,
walaupun mak selalu ngelak untuk tandatangan atau tulis apa-apa,
walaupun mak tak pakai baju mahal-mahal, kasut mahal-mahal, barang kemas besar-besar,
aku bangga ada mak nama satariah,
aku bangga mak dapat besarkan kami adik beradik sampai besar macam ni,
aku bangga mak dapat bagi pendidikan dunia dan agama pada anak-anak,
aku bangga mak pandai masak sedap-sedap,
aku bangga mak pandai jahit baju cantik-cantik,
aku bangga ada mak yang cantik,
aku bangga jadi anak mak.

hari-hari adalah hari untuk ibu.tak perlu tunggu bulan mei untuk menghargai ibu dan mengucapkan hari ibu


p/s: kesitu-cakap pasal perngorbanan, off topic sikit, aku dah korbankan kerja yang memang sangat penting untuk aku sebagai orang baru.kalau dapat pusing balik masa, aku akan ubah semuanya. aku tak mau jadi orang yang bersemangat lagi

No comments: