dulu..sekarang..esok dengan rayyan akram

Tuesday, May 5, 2009

kali kedua jejak kaki ke skudai

1 May
malam ni kawan baik aku nikah. Selamat Pengantin Baru ika.sorry tak dapat datang malam ni tengok kau nikah.asalnya memang rancang nak p Johor awal tidur sana tolong-tolong apa yang patut.tapi disebabkan semua orangtak dapat menghadirkan diri sama-sama dengan aku, plan terpaksa ditukar. hari kenduri baru aku p.apa perasaan dah jadi isteri orang. nanti aku wawancara ika.


pagi 2 May
awal-awal pagi lagi aku dah keluar jalan ligan lrt. dengan baju kurung, heels, beg kiri kanan belakang dapat juga aku naik bas ke Johor tepat pada masanya. Kalau lambat sikit memang kelam kabut aku. mana nak cari tiket pagi-pagi, kul berapa baru nak sampai.aku tidur sepanjang atas bas, malam tadi tidur tak lena.alih-alih kul10 dah sampai machap. turun di restoran jaya, mr.red datang ambil aku.tunggu mr.shah kat petronas simpang renggam, kul11 lebih gerak dari simpang renggam konvoi 2 kereta, 3 orang sahaja.


tengahhari 2 May

ni hadiah yang aku bagi kat ika, tadi beli kat petronas sementara tunggu mr.shah.mesti akak kaunter kat petronas tu pelik apa pasal la aku beli banyak sangat air kesihatan ni. idea untuk bagi hadiah ni aku dapat hasil dari aktiviti aku explore blog orang kat office.ni sebenarnya backup hadiah sahaja. kasi meriah sikit rumah ika bila aktiviti bukak hadiah berlangsung.berguna jugak hadiah ni. untuk anda-anda yang nak ke kenduri kahwin tapi tak ada idea nak bagi hadiah apa dan budget tak cukup besar, boleh la bagi hadiah macam aku ni. dalam rm20 termasuk kotak dan bunga.

main present ada kat bawah tin-tin tu sebenarnya, kan masa pergi ikea haritu aku ada beli something yang memang aku ada plan nak buat apa.ni satu lagi tips untuk anda. hadiah ni memudahkan para pengantin membuat pilihan sendiri barang apa yang perlu dan tak perlu.pandai-pandai la pengantin pilih nak beli apa untuk kehidupan baru nanti.tak de lah dapat pinggan mangkuk cawan gelas je kan.

berbalik pada kenduri ika, tema hijau putih. ika cakap tema pas.memang sweet sangat, cantik pulak tema tu.aku sampai agak awal, kul12. makan macam biasa la, nasi beriani ada 4 lauk, buah oren, dapat epal hijau satu balut dalam plastik macam gambar kat bawah


bagus juga bagi buah untuk orang datang kenduri, lain sikit dari bagi telur je.tapi aku ada nampak bunga pahar besar depan pagar rumah ika.agaknya bila dah salam-salam dengan tuan rumah baru dapat kot.

lepas makan aku naik tengok ika kat bilik pengantin. guess what, ika masih lagi dengan t-shirt dan seluar kotak-kotak dia macam kain pelekat yang dia selalu pakai tu. tak macam pengantin pun. sibuk ke sana sini. dia cakap mak andam belum sampai lagi. sembang-sembang dulu.tiba saat bual bicara bersama pengantin.soalan pertama aku tanya-best tak dah kahwin, nangis tak masa sakinah tu, apa perasaan, bla..bla..bla...
banyak lagi la aku tanya.sampailah mak andam sampai, aku tengok mak andam mekap jap tapi tak berani ambil gambar, takut ada pantang larang pulak.mekap sambil baring, nikmat sungguh, boleh curi-curi tidur jap. tak lama aku tengok ika siap, aku turun keluar berjalan-jalan. nak tunggu macam lama pulak.lagipun nak duduk mana menunggu, berdua je pun.lainla kalau ramai-ramai, boleh tunggu depan pelamin.


petang 2 May
6 lebih aku p balik rumah ika, nak ambil tiket dan goodie bag. dah pesan kat ika jangan bukak makeup dan baju lagi, nak bergambar. rugi sebab tak dapat tengok ike bersanding dan potong kek.dah lewat petang baru aku p balik. bergambar sekeping dua, ambil berkat. main suap-suap kek dengan ika. mak ika bagi berkat 2 plastik. bunga telur memang banyakla.buat nasi lemak esoknya.kul7 bye bye ika dengan her husband, encik burung.semoga bahagia dan kekal selama-lamanya. i'm happy for you and will pray for your happiness.layan gambar sikit kat bawah


pelaminnya cantik, meriah dengan bunga-bunga cinta. fresh flower tu


cantik menarik kau memang da bomb..ika nampak lain dengan mekap.tetap cantik

p/s: tak banyak sangat gambar yang aku snap. ye la, tak ada kamera hebat, kamera handphone je. tak cukup budget lagi nak beli.
p/s/s: kau apahal, tak sudah-sudah lagi ke, nak bising-bising lagi apahal?


2 comments:

Unknown said...

sapa bising?ahahaha
mana goodei beg untuk aku?
kata ika nak bagi?
ahahahha
hadiah aku untuk dia dah sampaikan ka?
mesti la udah kannn
ahahaha ika takde bunyik pun
senyap sunyi je makluk Tuhan itu semenjak dah kawen
muahahahha

Unknown said...

ehem
*goodie beg
muahahaha