dulu..sekarang..esok dengan rayyan akram

Friday, May 29, 2009

pentingkah?

orang cakap tepak sireh atau sireh junjung kepala adat/ hantaran, mcm-mcm adat yg aku dgr pasal sireh junjung.

sireh junjung dibawa plg awal dalam rombongan, kiranya paling depan sekali kalau berjalan ke rumah bakal pengantin.
lagi tinggi gubahan sireh junjung tu lg bagus.
masa bawa sireh junjung tu kena pastikan sireh tak jatuh, tak kira la masa nak ke rumah bakal pengantin atau masa nak bawa balik. kalau jatuh ada petanda tak baik. (ni dari aleen).
ada adat tepak sireh tanda meminang, sireh junjung tanda menerima pinangan.
sireh mesti dimakan sikit oleh tuan rumah sebagai tanda menerima.
untuk bertemu jodoh dengan cepat kena makan sirih hantaran pengantin perempuan. kalau ada gubahan sirih junjung, pilih sirih yang paling atas puncaknya supaya dapat jodoh dengan cepat.

tapi ada adat orang kedah (atau orang kampung aku?), pihak perempuan tak wajib ada sireh junjung ni. cukup sekadar pihak lelaki yang bawa. tapi lain negeri lain adat.

mana pergi adat kalau sireh junjung dibuat dari bunga plastik dan sireh plastik?

aku kurang suka sireh junjung plastik, tak asli tapi mungkin itu yg aku akan dapat dan mungkin aku akan bagi. zaman sekarang kan segala-galanya plastik, muka plastik, hati plastik, sireh junjung pun boleh plastik. senang nak bawa untuk orang jauh-jauh ni.

aku jarang tengok orang bagi sireh junjung plastik. bagi aku seri hantaran akan hilang kalau tak ada sireh junjung (yang asli).

tapi ada untung jugak, lepas tu boleh buat perhiasan rumah. kalau yang asli tak boleh simpan lama, cepat layu.

lain orang lain cara, lain orang lain citarasa, lain orang lain adat..

apa beza pinggan plastik dgn pinggan kaca? - plastik tak pecah, kaca pecah (macam pantun pecah kaca pecah gelas)

apa beza duit kertas dgn duit syiling? - kertas boleh koyak, syiling tak koyak tapi nilai rendah dari duit kertas

apa beza sireh junjung plastik dengan sireh junjung asli??



kreatif sungguh orang ni lipat duit.

p/s: sangat susah nak cari sireh junjung plastik. hilang punca(aku suka???) dan idea..mulai saat ini aku nak masukkan duit syiling sehari 5kupang dalam tabung lembu gemuk aku. cukup 54 thn dapat lebih kurang 10ribu. dah boleh kahwin dah tu. 54 thn lagi baru boleh kahwin??sekarang dah 24??lagi 54 tahun, lambatnya...

Thursday, May 28, 2009

bosanla..

dah 2 bulan 5 hari aku kerja kat company ni tapi kenapa aku tak jumpa lagi apa yang aku cari selama ni?apa yang aku cari?

so far, working environment kat sini lagi teruk dari intel.benefit boleh tahan menarik tapi aku rasa macam kosong kat sini.memang kosong pun. buat perbandingan sikit:

1. dulu: ramai chinese tapi hari-hari lebih dari 20 orang manusia aku jumpa dalam office sekarang: pun ramai chinese tapi hari-hari jumpa sorang dua saja.

2. dulu: chinese situ selalu speaking in english kecuali masa makan nak cerita hebat-hebat, depa bukakla cerita dalam bahasa depa. siap ada tampal notis lagi suruh guna english for formal occasion.tapi depa ni faham-faham sendiri la kalau tak formal pun tapi kalau ada malay depa akan cakap english.
sekarang: chinese kat sini suka nak cakap bahasa depa kalau nak cakap apa-apa, even nak bincang pasal hal kerja pun guna bahasa depa kecuali nak cakap dengan aku. bincangla dalam english, aku nak faham jugak cerita pasal apa.

3.dulu: walaupun aku tak tau langsung pasal tools, langguage yang digunakan tapi aku tetap belajar dan tanya-tanya staff kat situ. dia akan ajar dan bagi penerangan yang aku mudah faham. dan hasilnya aku dapat buat kerja dengan jayanya.
sekarang: aku memang tak tau langsung pasal peoplesoft ni. aku blur lagi walaupun ada yang ajar. dia ajar tak faham dan dia anggap aku dah tau semua benda. main sebut ja apa aku nak kena buat. at least bagila contoh or notes. boleh aku explore.

kesimpulannya, aku dah bosan tak ada kerja nak buat. dah 2 bulan kot. tak kan tak boleh nak assign projek lagi kat aku.

macam 'air minit' tp mcm botol kicap..gambar tiada kena mengena dengan entry.

Thursday, May 21, 2009

apa kaitan dua berita ni?

Hanya 480 bas ekspres selamat..

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan, hanya 480 daripada lebih 52,000 bas ekspres yang beroperasi di negara ini ketika ini memenuhi piawaian keselamatan penumpang seperti ditetapkan kerajaan pada 2007. Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan, berkata kajian Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati, masih banyak syarikat bas ekspres tempatan belum menukar badan bas mengikut piawaian R66 ECE (Suruhanjaya Ekonomi Eropah) yang diwajibkan kerajaan sejak 2007. Katanya, pematuhan piawaian R66 ECE bagi bas baru diwajibkan kerana struktur bumbung yang kuat mampu mengurangkan risiko kematian ketika kemalangan.


Tambang baru teksi, bas bulan depan..

KUALA LUMPUR: Kadar tambang baru bas dan teksi dijangka diumumkan bulan depan, selepas semakannya dibawa ke Kabinet, akhir bulan ini. Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Markiman Kobiran, berkata kadar tambang baru itu membabitkan bas henti-henti, bas ekspres, bas pengantara dan bas sekolah selain teksi dan kereta sewa.“Kita sedang menunggu maklum balas daripada Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebelum semakan tambang dibawa ke perhatian Kabinet akhir bulan ini,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

apa benda ni? aku sebagai pengguna bas ekspres untuk angkut aku balik kampung memang tak puas hati. sah-sah bas tak selamat, nak naik tambang lagi. rasanya baru ja tambang naik, nak naik banyak mana lagi. dah mengalahkan harga tiket flight pulak.sudah-sudahla tu

Tuesday, May 19, 2009

lawat-tan

ahad kemarin ada lawatan sambil belajar yang hanya disertai 4 orang termasuk aku. ni 1st time la aku melawat ke kawasan ni. program dimulakan dengan aktiviti beriadah dan berjalan-jalan mengambil angin sambil mencari pondok untuk aktiviti kajian. kemudian, rehat sambil aktiviti makan. selesai aktiviti makan, diteruskan dengan aktiviti lawatan mengelilingi tumpuan lawatan. memang suasana yang sangat menenangkan dengan pokok-pokok besar dah macam dalam twilight plak, ditambah dengan suasana lepas hujan, memang twilight.


abaikan kelibat ahli lawatan. focus utama adalah pokok

pandangan dari pondok..nampak kayu ja lebih

pokok ini sangat cantik

p/s: siapa cakap twilight tak best, bosan atau boring, edward tak handsome dan tak best, bella tak best adalah orang yang tak best. tengah berusaha menghabiskan new moon dan tak sabar nak tunggu new moon jatuh ke malaysia

Saturday, May 16, 2009

ingat cekgu dulu sampai sekarang

happy teacher's day (16 may 2009)

entry kali ni aku nak senaraikan cekgu-cekgu yang aku masih ingat sampai sekarang ni sempena hari guru..

sek. rendah:
cekgu cik puan- nama dia memang macam ni tapi dia memang dah puan. ni rasanya cekgu yang paling aku sayang, dia ajar aku masa sek. rendah. banyak tahun dia ajar aku dari ajar abc sampai ajar baca buku cerita, tulis cerita semua la. selalunya dia akan panggil aku baca buku cerita depan kelas. dia memang tere cubit pulas orang tapi aku tak pernah kena ya. bila cikgu lukisan suruh lukis gambar cekgu, aku lukis gambar cekgu ni pastu bila aku tunjuk kat dia, dia tanya sebab apa badan dia senget. tu paling aku tak boleh lupa. sayangnya aku dah tak jumpa dia lagi. lepas sekolah terus tak jumpa. zaman dulu mana ada telefon lagi, paling kuat pun tulis no. telefon kat buku 555 tapi dah lama sangat tak tau kat mana dah.

cekgu zaki - ni cekgu praktikal sek. rendah dari kelantan. apa-apa mesti dia panggil aku, ambil buku, bawa buku (bukan buli kot). selalu sembang-sembang dengan cikgu zaki. tapi dia tak lama, berapa bulan saja tapi best la cekgu ni. pun tak jumpa dan lost contact jugak.

teacher gan - ajar muzik, cun. kenal lagu-lagu moden dan tradisional melalui teacher ni la. minat aku kat muzik pun sebab teacher ni juga.

sek men:
teacher rahmah - ni lagi tak boleh lupa. kelas selalu kat lab komputer. pernah kena halau sebab masuk kelas lambat. tak bawa kamus kena denda, cakap melayu dalam kelas dia kena denda jugak 5kupang. selalu lah main gunting dan tampal atau pun gunting kupon hari kantin/koko.

cekgu rosli - ajar sejarah sek men. mmg berkesan dia ajar, siap bagi tips spm dan memang betul la tips tu. ngajar dalam kelas mesti nak main tanya-tanya. kalau tak dengar betul-betul memang habisla. suka panggil budak-budak guna nama ayah, cth: farhana abd. karim dia panggil karim ja. dia pernah cakap kalau dia nak bertanding pilihanraya dia nak buat parti politik nama payung. dah ada pun parti tu masa pilihanraya kecik bukit selambau yang pelik haritu.

cekgu harun - cekgu agak hensem kegilaan budak-budak. cool ja cekgu ni. nak tidur pun boleh dalam kelas dia sebab dia tak tegur pun. kesian pulak tengok dia ngajar orang tidur.

teacher lukisan (tak ingat nama) lee pek moi- selalu aku ngelat nak masuk kelas dia. aku memang malas bab-bab lukisan ni. pernah dapat markah paling sikit dalam kelas sebab dia tak jumpa lukisan anyaman aku, aku bermati-matian cakap aku dah hantar, dia suruh cari dalam simpanan dia sampai jumpa tapi sebenarnya tak hantar pun. dia pandai bab-bab art ni, walaupun dah berumur tapi tere lg.

cekgu fauziah - ajar add math, suka melaram. baju dia semua cun-cun, camna ntah boleh jadi cekgu band. cekgu band kan kena busuk-busuk masuk padang semua. aku susah nak faham sket dia ajar sebab aku tak secerdas orang lain, orang lain rilex je add math dalam genggaman. so, latihan yang dia bagi memang liat aku nak buat. tiru orang bolehla, nasib baik add math tak failed (update: ijah tegur)

kolej universiti/ universiti:
en. faizal - seronok dia ngajar, suka selit cerita dan contoh-contoh sambil ngajar tapi aku tak lepas-lepas jugak subject network ni. subject ni memang tak ngam dengan aku.

pm haziah - pn smiley, suka senyum ja. marah pun senyum jugak. rilex dan cool ja dalam kelas. murah dengan senyuman dan markah.

sir wan - tak ngajar aku kat sekolah pun tapi ajar aku tentang hal-hal lain, boleh panggil cekgu juga ni. kuat beletiaq, so aku mesti sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan supaya tak kena beletiaq selalu

p/s: banyak lagi cekgu-cekgu yang aku tak sebut tapi ni antara yang paling aku ingat. yang lain aku ingat jugak. mana boleh lupa cekgu, sampai mati pun dikenang jasa cekgu. tanpa cekgu tak mungkin sampai tahap ni. selamat hari guru sedunia untuk semua cekgu-cekgu

Thursday, May 14, 2009

sat naaa..

aku rindu budak kecik ni.
ni gambar 6 bulan yang lepas. maknanya dah 6 bulan aku tak jumpa dia.uh, lamanya. dah besar panjang budak ni sekarang. ayat yang dia selalu sebut "sat naaa..", "tak bley aaa.." (sambil kerutkan muka dan kecikkan mata). pandai bergaya dan suka buat benda yang menggeletek hati. rindu lah sama kamu. kapan mau ketemu?

Wednesday, May 13, 2009

pantun dua kerat

hai yeop..

apa sudah jadi,
hari-hari tukar menteri.

tidakkah aneh peristiwa ini? sudah-sudahlah, tetapkan cepat siapa yang benar, tak perlu lagi rakyat nak tengok sandiwara semasa. sudahnya dari muka surat 1 sampai last bercakap pasal politik saja. hal ekonomi negara, dunia yang sangat penting di saat-saat genting ni dah terbenam atau sengaja dibenamkan supaya rakyat tak memberontak lagi.

rakyat mendengar, melihat dan menentukan. di mana kuasa itu?

Monday, May 11, 2009

apa pengorbanan kita


setakat mana pengorbanan kau kalau nak dibandingkan dengan setiap pengorbanan mak?
tak akan dapat tandingi apa yang mak dah buat.
hati ibu mudah terguris dan mudah tersentuh.tambahan bila umur makin meningkat.
apa yang aku cakap, apa yang aku buat, aku akan pastikan tak menyentuh hati mak.
tapi aku bukanlah manusia yang sempurna, seboleh-bolehnya aku akan kurangkan buat apa yang mak tak suka,kurangkan cakap kasar dengan mak.
kalau boleh, kalau aku ni jenis yang suka berlaser-laser, nak je aku tegur.
tapi aku rasa aku tak mampu, aku tak nak keruhkan keadaan.
biar sedar datang sendiri, biar perubahan datang sendiri.
tapi sampai bila mak nak pendam rasa.sampai bila semua orang nak diamkan diri, nak biar rasa takut sampai akan hilang hormat pada mak bapak.
mak cakap mak tak nak anak jadi derhaka, mak cakap mak tak nak anak jauh dari syurga.
tapi semua orang belum ada kekuatan, mungkin suatu hari nanti.

walaupun mak tak mengaji pandai-pandai, sekolah tinggi macam mak orang lain,
walaupun mak selalu tertidur bila baca paper, buku atau novel,
walaupun mak selalu ngelak untuk tandatangan atau tulis apa-apa,
walaupun mak tak pakai baju mahal-mahal, kasut mahal-mahal, barang kemas besar-besar,
aku bangga ada mak nama satariah,
aku bangga mak dapat besarkan kami adik beradik sampai besar macam ni,
aku bangga mak dapat bagi pendidikan dunia dan agama pada anak-anak,
aku bangga mak pandai masak sedap-sedap,
aku bangga mak pandai jahit baju cantik-cantik,
aku bangga ada mak yang cantik,
aku bangga jadi anak mak.

hari-hari adalah hari untuk ibu.tak perlu tunggu bulan mei untuk menghargai ibu dan mengucapkan hari ibu


p/s: kesitu-cakap pasal perngorbanan, off topic sikit, aku dah korbankan kerja yang memang sangat penting untuk aku sebagai orang baru.kalau dapat pusing balik masa, aku akan ubah semuanya. aku tak mau jadi orang yang bersemangat lagi

Thursday, May 7, 2009

silent deadly owl

found this cute owl..
yeah..i like cartoon..


Wednesday, May 6, 2009

May 6, 2009


tunggu la

sempat kot sebulan lagi

Tuesday, May 5, 2009

kali kedua jejak kaki ke skudai

1 May
malam ni kawan baik aku nikah. Selamat Pengantin Baru ika.sorry tak dapat datang malam ni tengok kau nikah.asalnya memang rancang nak p Johor awal tidur sana tolong-tolong apa yang patut.tapi disebabkan semua orangtak dapat menghadirkan diri sama-sama dengan aku, plan terpaksa ditukar. hari kenduri baru aku p.apa perasaan dah jadi isteri orang. nanti aku wawancara ika.


pagi 2 May
awal-awal pagi lagi aku dah keluar jalan ligan lrt. dengan baju kurung, heels, beg kiri kanan belakang dapat juga aku naik bas ke Johor tepat pada masanya. Kalau lambat sikit memang kelam kabut aku. mana nak cari tiket pagi-pagi, kul berapa baru nak sampai.aku tidur sepanjang atas bas, malam tadi tidur tak lena.alih-alih kul10 dah sampai machap. turun di restoran jaya, mr.red datang ambil aku.tunggu mr.shah kat petronas simpang renggam, kul11 lebih gerak dari simpang renggam konvoi 2 kereta, 3 orang sahaja.


tengahhari 2 May

ni hadiah yang aku bagi kat ika, tadi beli kat petronas sementara tunggu mr.shah.mesti akak kaunter kat petronas tu pelik apa pasal la aku beli banyak sangat air kesihatan ni. idea untuk bagi hadiah ni aku dapat hasil dari aktiviti aku explore blog orang kat office.ni sebenarnya backup hadiah sahaja. kasi meriah sikit rumah ika bila aktiviti bukak hadiah berlangsung.berguna jugak hadiah ni. untuk anda-anda yang nak ke kenduri kahwin tapi tak ada idea nak bagi hadiah apa dan budget tak cukup besar, boleh la bagi hadiah macam aku ni. dalam rm20 termasuk kotak dan bunga.

main present ada kat bawah tin-tin tu sebenarnya, kan masa pergi ikea haritu aku ada beli something yang memang aku ada plan nak buat apa.ni satu lagi tips untuk anda. hadiah ni memudahkan para pengantin membuat pilihan sendiri barang apa yang perlu dan tak perlu.pandai-pandai la pengantin pilih nak beli apa untuk kehidupan baru nanti.tak de lah dapat pinggan mangkuk cawan gelas je kan.

berbalik pada kenduri ika, tema hijau putih. ika cakap tema pas.memang sweet sangat, cantik pulak tema tu.aku sampai agak awal, kul12. makan macam biasa la, nasi beriani ada 4 lauk, buah oren, dapat epal hijau satu balut dalam plastik macam gambar kat bawah


bagus juga bagi buah untuk orang datang kenduri, lain sikit dari bagi telur je.tapi aku ada nampak bunga pahar besar depan pagar rumah ika.agaknya bila dah salam-salam dengan tuan rumah baru dapat kot.

lepas makan aku naik tengok ika kat bilik pengantin. guess what, ika masih lagi dengan t-shirt dan seluar kotak-kotak dia macam kain pelekat yang dia selalu pakai tu. tak macam pengantin pun. sibuk ke sana sini. dia cakap mak andam belum sampai lagi. sembang-sembang dulu.tiba saat bual bicara bersama pengantin.soalan pertama aku tanya-best tak dah kahwin, nangis tak masa sakinah tu, apa perasaan, bla..bla..bla...
banyak lagi la aku tanya.sampailah mak andam sampai, aku tengok mak andam mekap jap tapi tak berani ambil gambar, takut ada pantang larang pulak.mekap sambil baring, nikmat sungguh, boleh curi-curi tidur jap. tak lama aku tengok ika siap, aku turun keluar berjalan-jalan. nak tunggu macam lama pulak.lagipun nak duduk mana menunggu, berdua je pun.lainla kalau ramai-ramai, boleh tunggu depan pelamin.


petang 2 May
6 lebih aku p balik rumah ika, nak ambil tiket dan goodie bag. dah pesan kat ika jangan bukak makeup dan baju lagi, nak bergambar. rugi sebab tak dapat tengok ike bersanding dan potong kek.dah lewat petang baru aku p balik. bergambar sekeping dua, ambil berkat. main suap-suap kek dengan ika. mak ika bagi berkat 2 plastik. bunga telur memang banyakla.buat nasi lemak esoknya.kul7 bye bye ika dengan her husband, encik burung.semoga bahagia dan kekal selama-lamanya. i'm happy for you and will pray for your happiness.layan gambar sikit kat bawah


pelaminnya cantik, meriah dengan bunga-bunga cinta. fresh flower tu


cantik menarik kau memang da bomb..ika nampak lain dengan mekap.tetap cantik

p/s: tak banyak sangat gambar yang aku snap. ye la, tak ada kamera hebat, kamera handphone je. tak cukup budget lagi nak beli.
p/s/s: kau apahal, tak sudah-sudah lagi ke, nak bising-bising lagi apahal?